Skip to main content

Singapura

Program latihan baru ditawarkan di lebih banyak lokasi mulai Apr bagi bantu NSmen lulus IPPT

Para askar kerahan (NSmen) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang tidak dapat lulus Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) boleh mengikuti program latihan baru yang diadakan di lebih banyak lokasi untuk kemudahan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Program latihan baru ditawarkan di lebih banyak lokasi mulai Apr bagi bantu NSmen lulus IPPT

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 15 Mar 2021 02:22PM Dikemas Kini : 15 Mar 2021 02:23PM

SINGAPURA: Para askar kerahan (NSmen) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang tidak dapat lulus Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) boleh mengikuti program latihan baru yang diadakan di lebih banyak lokasi untuk kemudahan mereka.

Program Latihan Peningkatan Kecergasan Perkhidmatan Negara (NS FIT) akan dijalankan di 42 lokasi berbanding hanya 13 lokasi sebelum ini. Lokasi-lokasi baru itu merangkumi taman-taman di kawasan kejiranan, pusat-pusat sukan kawasan-kawasan utama bandar.

NS FIT akan dilancarkan pada April dan ia akan menggantikan Program Latihan Persediaan IPPT (IPT) dan Latihan Pemulihan (RT), dedah Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Isnin (15 Mac). NSmen boleh mendaftar bagi sesi NS FIT melalui portal NS mulai 25 Mac.

NS FIT diperkenalkan hasil kerjasama dengan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Sport Singapore (SportSG).

Serupa dengan program IPT, NS FIT terdiri daripada 10 sesi antara 65 hingga 75 minit setiap satu, termasuk satu sesi IPPT. NSmen boleh memilih daripada program sedia ada seperti penurunan berat badan, litar metabolik dan kegiatan-kegiatan berasaskan sukan atau permainan.

Perbezaan utama adalah pilihan tambahan latihan selang intensiti tinggi (HIIT) yang dijalankan di 29 lokasi baru, termasuk Taman East Coast, Hab Tampines Kita dan Punggol Town Square.

Sesi-sesi HIIT adalah sejenis latihan litar metabolik yang terdiri daripada seniman singkat dengan intensiti tinggi yang membina kekuatan, daya tahan dan kecergasan aerobik, jelas MINDEF.

NSmen juga boleh mengambil bahagian dalam sesi-sesi HIIT bersama dengan rakan dan keluarga, yang boleh menempah slot untuk sesi yang sama melalui aplikasi Healthy 365 HPB.

Selain 42 lokasi itu, NS FIT juga akan dijalankan di tiga gimnasium ActiveSG pada masa akan datang, tambah MINDEF, dengan program latihan di lokasi-lokasi itu bakal disahkan kelak.

Home Team juga akan melancarkan NS Fit untuk para NSmennya mulai Jun, dengan latihannya dijalankan di premis-premis Home Team, HomeTeamNS Clubhouse dan gimnasium ActiveSG. NSmen Home Team juga boleh mengambil bahagian dalam sesi HIIT.

"Maklumat lebih lanjut akan dikongsi pada satu tarikh bakal diumumkan kelak," menurut MINDEF.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita