Skip to main content

Singapura

Program latihan baru bagi karyawan sumber manusia sektor binaan diperkenalkan

Golongan karyawan sumber manusia (HR) dalam sektor binaan dapat meningkatkan keupayaan mereka menerusi satu program latihan baru yang diumumkan hari ini (29 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Program latihan baru bagi karyawan sumber manusia sektor binaan diperkenalkan
Diterbitkan : 29 May 2019 07:03PM Dikemas Kini : 29 May 2019 07:17PM

SINGAPURA: Golongan karyawan sumber manusia (HR) dalam sektor binaan dapat meningkatkan keupayaan mereka menerusi satu program latihan baru yang diumumkan hari ini (29 Mei).

Mereka dapat mempelajari bagaimana untuk mengekalkan dan menarik bakat-bakat ke industri itu.

Di acara forum sumber manusia bagi sektor binaan pada Rabu (29 Mei), Persatuan Kontraktor Singapura (SCAL) mendedahkan bahawa program latihan itu juga akan mengajar syarikat-syarikat binaan cara mematuhi peraturan pekerjaan.

Ini termasuk keperluan membayar gaji pekerja tepat pada waktunya.

Setakat ini, 15 peserta dari lapan syarikat binaan besar sudah selesai menjalani pusingan pertama bengkel undang-undang buruh yang merupakan sebahagian daripada program itu.

"Pemerintah juga sudah membuat beberapa perubahan dalam Akta Pekerjaan dan juga akta-akta yang berkaitan dengan pekerja-pekerja asing. Di sini, pengamal sumber manusia memainkan peranan yang penting.

"Kursus ini sudah dibentuk hasil kerjasama SCAL, kesatuan sekerja dan juga IHRP (Institut Karyawan Sumber Manusia) yang mana kami telah membentuk satu kursus untuk pengamal HR di dalam industri pembinaan," menurut Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Zainal Sapari. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita