Program latihan baharu untuk remisier rancakkan pasaran saham, galak transformasi kerjaya SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pada masa dahulu, mereka yang bertugas sebagai remisier akan sibuk dengan urus niaga apabila pasaran saham aktif.
Namun, dengan kemunculan syarikat teknologi kewangan yang menawarkan khidmat pembrokeran online, para remisier kini perlu meningkatkan nilai perkhidmatan masing-masing.
Maka itulah Persatuan Remisier (Singapura) (SRS) dan Persatuan Sekuriti Singapura (SAS) melancarkan Program Pembangunan Remisier baharu.
Program itu bermatlamat membantu remisier memperoleh kemahiran baharu dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada klien masing-masing.
Remisier adalah wakil berlesen yang menerima komisen atas setiap urus niaga yang dikendalikan bagi pihak pelabur.
"Kami sebenarnya sedang mengubah tugas seorang remisier, iaitu dengan menambah nilai kepada tugas menjalankan urus niaga, memerlukan mereka menyumbang kepakaran dengan memberikan nasihat," kata Presiden SRS, Encik S Nallakaruppan.
Menurut beliau, remisier lebih arif berbanding pegawai perbankan dan pengurus perhubungan privet dalam urusan ekuiti dan pendapatan tetap.
"Kami melakukan ini setiap hari," kata Encik Nallakaruppan sambil menegaskan bahawa ramai remisier mempunyai pengalaman puluhan tahun. Dua pertiga daripada ahli SRS berusia 60 tahun ke atas.
Pasaran saham Singapura juga boleh meraih manfaat daripada program ini, menurut Encik Nallakaruppan.
"Remisier adalah cerminan mikro pasaran - jadi apabila remisier dapat menambah nilai kepada klien, klien boleh meraih keuntungan, dan ini akan merancakkan kembali pasaran saham," katanya, sambil menambah bahawa inisiatif baharu bergerak seiring dengan usaha-usaha lain.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.