Program latihan amali, perantisan baharu sasar pikat penjaja muda; dijangka bermula Apr 2027
Golongan muda Singapura berpeluang mempelajari selok-belok mengendalikan gerai penjaja menerusi program latihan amali dan perantisan baharu yang dijangka bermula pada April 2027.
Pemilik generasi kedua Xin Mei Congee, Xander Ng, meninggalkan kerjayanya dalam tentera untuk membantu isterinya mengendalikan perniagaan bubur milik keluarga wanita itu. (Gambar: CNA)
- ITE, Temasek Polytechnic and Hawkers of Food Centres signed a three-year agreement on Nov 11 to provide practical training and apprenticeship programmes, which are expected to begin in Singapore in April 2027.
- The initiative aims to attract young people to the hawker trade and ensure the culture is passed on. Students will train at food stalls alongside experienced hawkers and receive an allowance.
- Association founding member Cornelius Tan said the exposure helps students understand operations, work culture and challenges such as estimating food preparation needs and customer numbers, while also building parents’ confidence.
- Young hawkers also need to manage financial commitments and offer food options at different price points to generate income and keep their businesses viable, while programme details are still being finalised.
- ITE, Politeknik Temasek dan Hawkers of Food Centres menandatangani perjanjian tiga tahun pada 11 November untuk menyediakan program latihan amali dan perantisan, yang dijangka bermula di Singapura pada April 2027.
- Inisiatif itu mahu menarik golongan muda ke bidang penjaja serta memastikan budaya tersebut diwarisi; pelajar akan berlatih di gerai makanan bersama penjaja berpengalaman dan menerima elaun.
- Anggota pengasas persatuan, Cornelius Tan, berkata pendedahan itu membantu pelajar memahami operasi, budaya kerja dan cabaran seperti menganggarkan penyediaan makanan serta jumlah pelanggan, sekali gus membina keyakinan ibu bapa.
- Penjaja muda juga perlu mengurus komitmen kewangan dan menawarkan pilihan makanan pada harga berbeza demi pendapatan serta daya maju perniagaan, manakala butiran program masih dimuktamadkan.
SINGAPURA: Golongan muda Singapura berpeluang mempelajari selok-belok mengendalikan gerai penjaja menerusi program latihan amali dan perantisan baharu yang dijangka bermula pada April 2027.
Inisiatif itu bertujuan menarik lebih ramai golongan muda menyertai bidang penjaja, sekali gus memastikan budaya penjaja Singapura terus diwarisi generasi akan datang.
Program tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian tiga tahun yang dimeterai pada Rabu (11 Nov) antara Institut Pendidikan Teknikal (ITE), Politeknik Temasek dan Hawkers of Food Centres, sebuah persatuan bukan mengaut untung yang menggalak budaya penjaja tempatan.
Para pelajar akan menjalani latihan secara langsung di gerai makanan di bawah bimbingan penjaja berpengalaman.
Penjaja yang mengambil bahagian juga akan membayar elaun kepada pelajar yang menjalani latihan amali.
Butiran lanjut program itu masih sedang dimuktamadkan.
PELAJAR TIMBA PENGALAMAN KENDALIKAN GERAI
Anggota pengasas Hawkers of Food Centres, Cornelius Tan, berkata latihan amali yang disusuli perantisan selepas tamat pengajian dapat membantu pelajar beralih ke bidang penjaja.
Dalam wawancara bersama rancangan Singapore Tonight terbitan Mediacorp, Encik Tan berkata program itu dapat memberi pelajar gambaran lebih jelas tentang cabaran mengendalikan perniagaan makanan.
Menurutnya, pendedahan tersebut juga dapat meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap pilihan kerjaya anak-anak mereka.
Encik Tan berkata latihan amali mungkin tidak mencukupi untuk pelajar menguasai penyediaan sesuatu hidangan, tetapi dapat membantu mereka memahami budaya dan cara kerja penjaja.
Beliau menjelaskan bahawa bakal penjaja sering kurang pengalaman dalam menentukan jumlah makanan yang perlu disediakan serta menganggarkan bilangan pelanggan.
Penjaja berpengalaman boleh membimbing mereka menangani cabaran tersebut, selain berkongsi pengetahuan mengenai pengurusan gerai.
PENJAJA MUDA PERLU BIJAK URUS KEWANGAN
Encik Tan menegaskan bahawa penjaja muda bukan sahaja perlu mahir menyediakan makanan, malah memahami cara memastikan perniagaan mereka terus berdaya maju.
Beliau berkata mereka perlu mengambil kira komitmen kewangan, termasuk bayaran pinjaman perumahan dan perbelanjaan harian.
Antara pendekatan yang disarankan ialah menawarkan makanan pada pelbagai harga, daripada pilihan bajet hingga premium.
Strategi tersebut memberi pelanggan lebih banyak pilihan, di samping membantu penjaja meningkatkan pendapatan.
Beliau menambah bahawa panduan praktikal sedemikian dapat membantu mereka yang baru menceburi bidang itu mengelakkan kesilapan lazim dalam bidang tersebut, tambahnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.