Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program kitar semula kasut SportSG, penderaan anak antara isu dibincang di Parlimen pada 20 Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Program kitar semula kasut SportSG, penderaan anak antara isu dibincang di Parlimen pada 20 Mac

Dewan Parlimen pada 4 Okt 2021. (Petikan skrin: CNA)

Diterbitkan : 17 Mar 2023 08:50PM Dikemas Kini : 18 Mar 2023 06:55AM
SINGAPURA: Para Anggota Parlimen (AP) sudah mengemukakan soalan-soalan untuk sidang Parlimen pada Isnin depan (20 Mac).

Ia berkaitan program yang dikendalikan oleh Majlis Sukan Singapura (SportSG) dan rakan program tersebut, yang bertujuan untuk mengitar semula kasut sukan lama untuk disalurkan kepada prasarana masyarakat namun akhirnya kasut-kasut itu dijual semula di Indonesia.
Secara keseluruhan, lima AP mengemukakan soalan mengenai insiden tersebut.

Encik Dennis Tan, AP Kawasan Undi Perseorangan Hougang, mengajukan soalan kepada Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong, mengenai mengapa kasut yang didermakan dan ditetapkan untuk dikitar semula akhirnya tidak dikitar semula seperti yang dirancang, seperti yang dibongkar oleh Reuters.

Beliau juga bertanya apa yang akan Kementerian itu lakukan untuk mengelak kejadian serupa daripada berlaku, supaya ia dapat memastikan program seperti itu dilaksanakan dengan betul.

Dr Tan Wu Meng dari Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan
(GRC) Jurong bertanya tentang jumlah kasut terpakai yang disalurkan dan dieksport secara salah untuk dijual di luar negara, setelah ia didermakan oleh orang awam bagi inisiatif kitar semula tersebut.

Beliau juga bertanya sama ada sebarang kesalahan jenayah didedahkan.

Encik Saktiandi Supaat dari GRC Bishan-Toa Payoh bertanya kepada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Masagos Zulkifli, mengenai jumlah kes penderaan kanak-kanak yang dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini menerusi saluran seperti Talian Bantuan Anti-Kegansan dan Gangguan Seksual, serta siasatan proaktif oleh Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak.

Beliau juga bertanya apakah tindakan penguatkuasaan yang disediakan untuk mengatasi ibu bapa yang tidak bersikap jujur tentang perbuatan dera mereka.

Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai bertanya Menteri Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam mengapa Encik Lee Hsien Yang dan Cik Lim Suet Fern dinamakan sedang mereka disiasat berkaitan isu memberi bukti palsu dalam prosiding kehakiman manakala nama-nama enam bekas kakitangan pengurusan Keppel Offshore & Marine tidak didedahkan ketika siasatan.

Beberapa Rang Undang-Undang akan sedia untuk dibacakan buat kali kedua, termasuk Rang Penyalahgunaan Dadah (Pindaan) dan Rang Undang-Undang Perlembagaan Republik Singapura (Pindaan).

Pindaan yang diusulkan bagi Rang Penyalahgunaan Dadah (Pindaan) dibentangkan di Parlimen pada 24 Februari.

Di bawah Rang Undang-Undang yang dipinda itu, bahan-bahan psikoaktif akan diklasifikasikan menurut keupayaannya untuk menghasilkan kesan psikoaktif, dan bukan klasifikasi sekarang yang mengikut struktur kimia.

Satu perbahasan mengenai Kertas Putih Tindak Balas COVID-19 juga di dalam agenda.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan