Program kepimpinan baharu akan dilancarkan bagi guru SPED
Guru-guru Pendidikan Khas (SPED) akan mempunyai lebih banyak peluang untuk memupuk keupayaan mereka sebagai seorang pemimpin.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Guru-guru Pendidikan Khas (SPED) akan mempunyai lebih banyak peluang untuk memupuk keupayaan mereka sebagai seorang pemimpin.
Sebuah program baharu akan dilancarkan pada tahun depan di mana ia menawarkan peluang bimbingan dan pelibatan dalam projek-projek di seluruh sektor kepada guru-guru berkenaan.
Proses berstruktur itu membolehkan guru-guru SPED untuk membangunkan kerjaya mereka di samping guru-guru lain di sekolah-sekolah arus perdana.
Ia merupakan salah satu daripada dua langkah baharu untuk meningkatkan mutu Pendidikan Khas di Singapura.
"Pendidikan Khas (SPED) bukanlah monolitik. Di sekolah-sekolah SPED sendiri, terdapat banyak sub-pengkhususan yang diperlukan, dan kami harus pastikan bahawa kami tumpukan tenaga untuk memastikan kita dapat lakukan sedaya upaya mungkin untuk para pelajar dengan sumber-sumber yang kita ada," kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.
Encik Chan berkata demikian dalam ucapannya di pelancaran rasmi Pusat Rainbow Admiral Hill, iaitu sebuah sekolah SPED di Admiralty.
Menurut Encik Chan, sekitar separuh daripada kepimpinan di sekolah SPED adalah daripada sekolah arus perdana.
Namun, lebih banyak boleh dilakukan untuk memastikan kesemua guru mendapat peluang latihan selari.
Pusat Rainbow menyatakan ia akan menyepadukan program kepimpinan MOE dalam inisiatif sedia ada.
Satu lagi inisiatif baharu yang akan dilancarkan pada lewat tahun ini akan memperdalam kemahiran kurang upaya bagi setiap pihak berkepentingan.
Diberi nama 'Communities of Practice (COP)', sesi pertama akan dipengerusikan oleh Cerebral Palsy Alliance dan agensi-agensi khidmat sosial yang lain.
Setiap COP akan tertumpu pada ketidakupayaan tertentu dan berusaha ke arah matlamat bersama.
Ini termasuk kertas-kertas kajian atau membangunkan amalan baharu.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.