Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program kemahiran bagi golongan pertengahan kerjaya antara inisiatif baru sektor kewangan & perakaunan

Geran kewangan akan diberikan kepada majikan untuk mereka semula proses perakaunan dan program kemahiran bagi golongan pertengahan kerjaya yang membuat peralihan ke bidang perakaunan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Geran kewangan akan diberikan kepada majikan untuk mereka semula proses perakaunan dan program kemahiran bagi golongan pertengahan kerjaya yang membuat peralihan ke bidang perakaunan.

Demikian antara inisiatif baru untuk sektor kewangan dan perakaunan yang akan dilancarkan menjelang pertengahan tahun ini.

Ia adalah sebahagian daripada Peta Transformasi Kerja (JTM) yang diumumkan pada Rabu (5 Jan).

Peta itu akan membimbing pekerja dalam sektor itu supaya mendakap teknologi dan meningkatkan kemahiran untuk kekal berdaya saing.

Syarikat-syarikat yang layak akan mendapat sokongan pembiayaan, dihadkan kepada S$30,000.

Sebagai permulaan, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 50 syarikat.

Sebuah hab kerjaya maya akan menyediakan khidmat memadankan pekerjaan, kursus peningkatan kemahiran dan menawarkan acara-acara khusus untuk industri tersebut.

Ia bakal dilancarkan dalam suku pertama tahun ini.

Satu kajian yang dijalankan di bawah peta itu merumuskan bahawa 13 daripada 58 pekerjaan sedia ada dalam sektor itu akan menyaksikan perubahan yang besar.

Baki 45 pekerjaan pula memerlukan rekaan semula secara peringkat rendah atau sederhana dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang.

Sumber : CNA/RR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan