Program keahlian dipertingkat: Pekerja hijrahan ditawar khidmat jagaan gigi lebih murah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pekerja hijrahan di Singapura kini boleh menikmati khidmat jagaan gigi pada harga lebih murah.
Ini antara peningkatan kepada program keahlian yang ditawarkan kepada mereka.
Dana sebanyak $3 juta diperuntukkan sepanjang enam tahun akan datang untuk memberi manfaat lebih 4,000 pekerja setiap tahun.
Terdapat juga rancangan untuk meluaskan sokongan kepada bidang-bidang lain seperti kesihatan mental dan fisioterapi.
"Anda mungkin tidak fikir ia sesuatu yang sangat penting sehingga anda mula mengalami masalah gigi. Ia juga satu khidmat yang tidak semestinya murah dan justeru, untuk memastikan khidmat ini dalam kemampuan, dan berkualiti baik buat pekerja hijrahan, ia adalah satu faedah penting," kata Timbalan Setiausaha Agung NTUC Heng Chee How.
Para pekerja hanya perlu membuat bayaran tetap $30 di bawah kerjasama antara Pusat Pekerja Hijrahan (MWC) dengan sebuah badan amal yang ditubuhkan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).
Perjanjian itu dimeterai di sambutan Hari Buruh pada Ahad (11 Jun) di mana sekitar 18,000 pekerja hijrahan menerima pek cenderamata.
Mereka juga boleh mendapatkan potongan harga seperti langganan syarikat telko dan beriadah bersama-sama.
Satu skim baru turut dilancarkan di mana para pekerja hijrahan di sini boleh menerima potongan harga bagi beberapa barangan asas di pasar raya Kelab Rekreasi MWC.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.