Skip to main content

Singapura

Program 'Jiran bagi Kehidupan Aktif' dilancarkan di CDC Tenggara bagi bantu golongan tua dan uzur

Satu program mendekati masyarakat di kawasan kejiranan untuk membantu golong tua dan uzur, berjaya dijalankan di CDC Tenggara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Program 'Jiran bagi Kehidupan Aktif' dilancarkan di CDC Tenggara bagi bantu golongan tua dan uzur
Diterbitkan : 16 Mar 2019 07:18PM Dikemas Kini : 16 Mar 2019 07:23PM

SINGAPURA: Satu program mendekati masyarakat di kawasan kejiranan untuk membantu golong tua dan uzur, berjaya dijalankan di CDC Tenggara.

Program itu, 'Jiran bagi Kehidupan Aktif' memantau rutin pengambilan ubat dan rawatan golongan warga tua.

Ia dipelopori oleh Hospital Besar Changi dengan kerjasama Majlis Pembangunan Masyarakat Tenggara.

Secara purata, program itu sudah dapat mengurangkan kekerapan golongan tua yang dibantu, dimasukkan ke hospital daripada 3 bulan kepada 1.7 bulan dalam masa setahun.

Dimulakan enam tahun lalu, program itu sudah memberi bantuan kepada kira-kira 7,000 penduduk dan melibatkan lebih 800 sukarela.

Menurut Datuk Bandar CDC Tenggara, Dr Mohamad Maliki Osman - program tersebut sudah berjaya membangunkan kembali semangat dan suasana kampung, yang memudahkan akses kepada warga tua yang bermasalah serta memahami mereka dengan lebih mudah. 

Sumber : CNA/HA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita