Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program jelajah warisan lawat tapak sejarah sekitar Telok Ayer

Berkongsi kekayaan kepelbagaian budaya masyarakat Singapura. Demikian antara matlamat program 'Jelajah Warisan Kerohanian Telok Ayer' itu membawa para peserta ke tujuh tapak bersejarah berbilang kaum dan agama di kawasan Telok Ayer pada Ahad (11 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

Berkongsi kekayaan kepelbagaian budaya masyarakat Singapura.

Demikian antara matlamat program 'Jelajah Warisan Kerohanian Telok Ayer' itu membawa para peserta ke tujuh tapak bersejarah berbilang kaum dan agama di kawasan Telok Ayer pada Ahad (11 Feb).

Program yang diadakan sempena cuti umum Tahun Baharu Cina itu disasarkan kepada para peserta Melayu.

Namun, 65 peserta yang mengambil bahagian pagi tadi termasuk juga peserta berbilang bangsa.

Ia dianjurkan penggiat sejarah Encik Sarafian Salleh.

"Tujuan saya untuk adakan jejak warisan ini adalah untuk masyarakat Singapura untuk mengenali lebih lanjut tradisi tradisi bangsa kita yang ada di Singapura. Terutama sekali pada Tahun Baharu Cina ini, untuk masyarakat Melayu kita untuk tahu dengan lebih lanjut tradisi, budaya dan kepercayaan orang Cina di Singapura. Jadi dengan itu tali persahabatan kita lebih erat. Apabila kita tahu budaya bangsa lain, kita boleh lebih bersaing untuk maju demi negara Singapura," kongsi Encik Sarafian kepada wartawan Syawal Yusoff.

Menurut Encik Sarafian, kali terakhir lawatan serupa diadakan adalah pada 2022.

4 JAM, 7 DESTINASI, 10 KILOMETER

Bermula jam 8 pagi di stesen MRT Clarke Quay, para peserta berjalan ke tujuh tempat termasuk Masjid Omar Kampong Melaka, Nagore Dargah, makam Sharifah Rogayah dan Kuil Seng Wong Beo.

Mereka diberi taklimat dan berpeluang mempelajari tentang sejarah setiap tempat yang dilawati.

"Setiap perhentian ada unsur sejarah dan kepercayaan masing-masing. Jadi apabila saya memulakan jejak warisan saya, saya mula dari Masjid Omar Kampong Melaka dan saya cerita mengenai sejarah Syed Omar Aljunied. Jadi ada masyarakat-masyarakat Cina yang sertai saya punya jejak warisan jadi mereka tahu ini adalah sejarah-sejarah orang Arab di Singapura.

"Yang menarik ialah masyarakat Melayu kita pun ada yang tidak tahu tentang sejarah Syed Omar Aljunied jadi mereka pertama kali mendengarnya," jelas Encik Sarafian, yang juga seorang Jurutera Mekanikal sepenuh masa.

(Facebook\Tuah Bugis)

Jejak warisan sejauh 10 kilometer yang mengambil masa kira-kira empat jam itu berakhir di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Street, yang dibina pada tahun 1903.

Masjid yang dibina pada 1903 itu juga terletaknya makam wali, Habib Noh.

BAIK UNTUK KESIHATAN MENTAL; FIZIKAL

Selain dapat menimba pengetahuan baharu, format program yang diadakan dengan berjalan sepenuhnya juga cara yang baik dari segi fizikal selain mengeratkan silaturrahim.

"Kita bukan sahaja meningkatkan jasmani, saya juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kita berjalan sambil kita mempelajari tentang satu perjalanan yang saya rasa sangat interaktif dan juga santai. Saya rasa sangat seronok. Saya dapat belajar tentang sejarah Singapura yang banyak saya tidak tahu walaupun saya orang Singapura," kata Cik Zarina Zaharudin.

Pandangan serupa turut dikongsi seorang lagi peserta Encik Saherly Limat yang menyertai rombongan bersama isteri dan dua orang anaknya.

Berkongsi tentang perkara menarik yang dipelajarinya: "Salah satu perkara yang saya pelajari ialah tentang ‘perkahwinan hantu'. Saya tidak sangka yang budaya ini terdapat di Singapura. Tapi tadi bila kita singgah ke salah satu kuil, Encik Sarafian menceritakan budaya 'kahwin hantu' di mana adat mereka orang Cina dia adakan 'perkahwinan hantu'. Maknanya selepas mungkin anak mereka yang bujang supaya dapat lengkapkan kehidupannya, dia adakan 'perkahwinan hantu', perkahwinan selepas kematian."

(Facebook\Tuah Bugis)

Beberapa peserta Cina dan India juga tidak mahu terlepas peluang untuk mempelajari tentang sejarah.

"Saya agak terkejut dengan semua bangunan agama yang berbeza (terletak dekat antara satu sama lain). Dahulu apabila kita kurang penduduk, orang ramai masih cenderung untuk berkumpul bersama dan bercampur dengan agak baik. Kami memang ada masa untuk masuk untuk melihat orang bersembahyang dengan cara yang berbeza, bentuk yang berbeza, persembahan yang berbeza juga. Jadi ia sangat bagus. Untuk mempelajari beberapa kisah di sebalik dewa-dewa kuil dan tentang masjid yang berbeza dan semuanya adalah sangat istimewa," kataCik Stephanie Chew.

Acara jelajah warisan sebegini diadakan setiap hujung minggu, meliputi kawasan-kawasan bersejarah lain di merata Singapura.

Orang ramai boleh ke lelaman Facebook Encik Sarafian Salleh untuk perkembangan lanjut.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan