Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program jagaan pencegahan kenal pasti kemurungan lebih awal dalam kalangan pesakit angin ahmar

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Oct 2022 04:38PM Dikemas Kini : 29 Oct 2022 11:15PM

SINGAPURA: Sebuah program menyepadukan khidmat kesihatan mental dengan jagaan angin ahmar bermatlamat mengurangkan kemungkinan mengalami kemurungan dalam kalangan pesakit angin ahmar. 

Dikendalikan oleh Hospital Tan Tock Seng (TTSH), program itu sudahpun memberi manfaat kepada 3,000 peserta sejauh ini.

Langkah pertama dalam pemulihan biasanya bermula dengan pemikiran pesakit. 

Muhammad Zulhemi diserang angin ahmar ketika berusia 29 tahun, menyebabkan bahagian kiri tubuhnya lumpuh. 

Tidak lama selepas itu, para doktor yang merawat Encik Zulhemi menyedari perubahan terhadap perasaannya. 

"Sangat sedih kerana saya seperti tiada "mood" untuk melakukan apa-apa. 
Mereka nampak saya kelihatan sedih, jadi mereka melayan saya," luahnya. 

Satu kajian oleh TTSH, yang melibatkan 1,700 pesakit angin ahmar, mendapati hampir 25 peratus daripada mereka mengalami kemurungan semasa dimasukkan ke hospital. 

Ini disebabkan keinginan untuk berinteraksi dengan orang lain dan bukan setakat anggota keluarga mereka sahaja. 

"Ramai pesakit angin ahmar memerlukan seseorang untuk bercakap, memerlukan seseorang luar untuk bercakap dengan mereka, bukan sahaja keluarga. Jika keluarga, saya akan katakan, kerana mereka mahu sembunyikan perasaan mereka dan mereka tidak mahu anggota keluarga mereka berasa sedih," kata Encik Zulhemi. 

Para pesakit kini boleh bergantung kepada program yang diberi nama Perkhidmatan Pakar Kesihatan Minda dan Otak (CLIMB).

Para penyelaras klinikal akan menyaring para pesakit angin ahmar jika ada sebarang tanda gangguan mental. 

"Kami akan bertanyakan mereka soalan-soalan yang ditetapkan tentang gejala kemurungan dan kebimbangan. Dari situ, kami akan membuat rumusan daripada jawapan mereka dan  menentukan betapa buruk gejala mereka. 

"Kami juga akan mendapatkan hasil pemerhatian daripada pasukan jagaan kesihatan," ujar Penyelaras Klinik bagi Jabatan Psikiatri TTSH, Cik Nur Diana Lim. 

Mereka yang mengalami gejala teruk akan dirujukkan untuk menjalani rawatan lanjut.

Janji temu teleperubatan akan diteruskan meskipun setelah pesakit dibenarkan keluar hospital. Sejauh ini, program itu sudahpun membuahkan hasil.

"Kami mendapati para pesakit yang benar-benar menjalani model jagaan ini, berbanding pesakit yang tidak, sebenarnya tiga kali lebih berkemungkinan untuk menjalani kehidupan dengan kesihatan fizikal atau psikologi yang lebih baik lima tahun atau lebih selepas diserang angin ahmar," kata Konsultan Kanan Jabatan Psikiatri dan Pengarah Program CLIMB TTSH, Profesor Madya Chan Lai Gwen. 

Pasukan TTSH itu sedang menimbangkan langkah memperluaskan program tersebut untuk menangani keperluan para pesakit Parkinson dan mereka yang mengalami kecederaan otak.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan