Program intervensi awal diperlukan bagi bantu belia berisiko: Presiden Halimah
Lebih banyak program intervensi awal diperlukan bagi membantu belia-belia berisiko.
SINGAPURA: Lebih banyak program intervensi awal diperlukan bagi membantu belia-belia berisiko.
Ia termasuk sokongan emosi dan bantuan kemahiran pekerjaan yang berguna.
Presiden Halimah Yacob menyarankan demikian semasa berkunjung ke agensi khidmat sosial, Trybe sebagai sebahagian daripada usahanya mendampingi masyarakat.
Beliau memuji agensi itu kerana menyediakan khidmat seperti latihan kerjaya, bantuan pekerjaan serta sokongan emosi dan psikologi.
Presiden Halimah turut menekankan pentingnya melibatkan sama keluarga dalam usaha membantu belia-belia berisiko.
"Dalam banyak cara membantu mereka dalam pelajaran, membantu mereka dalam mendapatkan kemahiran, membantu mereka dari aspek emosi dan psikologi dan yang penting sekali juga melibatkan keluarga mereka. Jika keluarga tidak terlibat maka usahanya agak pincang.
"Saya rasa usaha yang sepadu ini adalah penting kerana kita juga mahu membolehkan belia-belia yang berisiko merasakan mereka mempunyai tempat yang selamat, tempat yang menggalakkan, dan melihat ambil prihatin tentang keperluan mereka seperti yang dilakukan oleh Trybe," ujar Puan Halimah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.