Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program ijazah kriminologi semakin popular

Semakin ramai pelajar tempatan yang berminat dalam bidang kriminologi.

Anggaran Waktu Membaca:
Program ijazah kriminologi semakin popular

(Gambar: Syawal Yusoff)

SINGAPURA: Semakin ramai pelajar tempatan yang berminat dalam bidang kriminologi.

Demikian menurut Kaplan Singapore yang menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Kriminologi dari Universiti Murdoch, Australia.

Permintaan bagi kursus selama tiga tahun itu meningkat lebih seganda sejak ia ditawarkan pada 2019.

Antara yang yang mengikuti program tersebut ialah Muhammad Hafiz Rashid dan Nurul Farina Mohd Yusof, masing-masing mahasiswa tahun pertama dan kedua di institut tersebut.

IKUT JEJAK BAPA; INGIN LIBATKAN DIRI DALAM PROSES REHABILITASI PESALAH

Sejak dari kecil lagi Muhammad Hafiz Rashid kagum dengan tugas bapanya yang sudah 25 tahun berkhidmat sebagai warden penjara.

Beliau terdorong mengikuti jejak bapanya itu terutama dalam proses rehabilitasi pesalah terutama yang berhubung kesihatan mental mereka.


(Gambar: Syawal Yusoff)

Untuk memenuhi cita-citanya itu, Hafiz, 25 tahun mengambil keputusan untuk mengikuti program Ijazah sarjana muda di Kaplan.

Beliau memilih dua pengkhususan dalam bidang-bidang psikologi dan kriminologi.

"Kriminologi adalah satu bidang tentang kajian jenayah dan tentang perwatakan manusia. Saya rasa ia sangat menarik untuk memahami apa yang mereka (manusia) sedang fikirkan," kata anak kedua dari tiga beradik itu.

"Kadang-kadang anda melihat seseorang itu kelihatan normal. Namun berdasarkan apa yang saya pelajari, saya rasa saya boleh memahami mereka dengan lebih baik hanya dengan bahasa gerak-geri mereka," tambahnya.

MANFAATKAN MODUL YANG DIPELAJARI DALAM PEKERJAAN

Minat Nurul Farina Mohd Yusof, 25 tahun, dalam bidang kriminologi pula berputik apabila beliau menyertai Pasukan Kadet Polis (NPCC) di sekolah menengah.

Bahkan, Nurul juga aktif menyumbang tenaga sebagai relawan bersama Projek Reben Kuning dan Pasukan Polis Singapura (SPF).


(Gambar: Syawal Yusoff)

Beliau semakin hampir memenuhi cita-citanya dalam bidang siasatan selepas mengambil pengkhususan dalam Undang-undang Perniagaan dan Kriminologi.

Menurut Nurul, beliau dapat memanfaatkan apa yang beliau pelajari dalam pekerjaannya dalam bidang penguatkuasaan.

"Salah satu modul yang berguna adalah Pencegahan Jenayah dan Pengawasan. Bila saya pelajari modul ini, ia menolong saya memahami kes-kes yang saya hadapi semasa bekerja. Sebab saya bekerja lebih kepada bidang penguatkuasaan, saya dapat memahami disiplinnya dan apa yang saya harus lakukan semasa bertugas," kata Nurul, yang mengambil program tersebut, secara separuh masa.

BIDANG KRIMINOLOGI VERSATIL; DICARI-CARI MAJIKAN

Menurut Kaplan Singapore permintaan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Kriminologi Universiti Murdoch, Australia yang ditawarkannya popular kerana ia berbilang disiplin dan meliputi pelbagai aspek termasuk psikologi dan sosiologi.

Antara peluang kerjaya yang boleh diceburi pula termasuk Pakar Kaji Jenayah, Penyiasat Penipuan Insurans, dan Penyiasat Peribadi.


(Gambar: Syawal Yusoff)

"Kami melihat ramai majikan sekarang juga mencari kepakaran dalam kriminologi kerana kami melatih pelajar untuk lebih memahami kerumitan yang lebih besar yang kami lihat dalam bidang tersebut.

"Kriminologi tidak semestinya terhad kepada pekerjaan dalam penguatkuasaan undang-undang misalnya. Dua pengkhususan yang kami tawarkan membolehkan para pelajar untuk mempunyai laluan kerjaya yang pelbagai dan menguntungkan untuk mereka juga," kata Dekan, Jabatan Akademik, Kaplan Singapore, Dr Martin Grunert.

Buat masa ini, Kaplan juga adalah satu-satunya institusi di Singapura yang menawarkan kursus jurusan khusus dalam kriminologi.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan