Program HIP diperluas; lebih banyak ciri mesra warga emas diperkenalkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga emas yang menetap di flat-flat HDB boleh bergerak masuk dan keluar dari rumah dengan lebih mudah dengan peluasan program yang menawarkan pemasangan tanjakan serta alat pengangkat kerusi roda.
Ia adalah sebahagian daripada Program Peningkatan Rumah (HIP) di mana sekitar 300,000 flat atau kira-kira 95 peratus unit yang layak dan dibina sebelum 1986, sudah selesai menjalani kerja-kerja naik taraf.
Cik Maramah Mogni, 86 tahun, gemar meluangkan masa dengan anak-anak dan cucu beliau.
Namun sukar untuk beliau bergerak di dalam rumah kerana berkerusi roda.
Tetapi dengan peluasan Program Peningkatan Bagi Warga Emas Aktif (EASE) terdapat beberapa ciri yang mungkin menawarkan huraian.
Ia sebelum ini pernah ditawarkan di bawah ujian perintis.
"Saya sudah tinggal di unit ini sejak tahun 1987 sudah lebih kurang 30 lebih tahun. Jadi dengan ada peningkatan program HIP, ia banyak membantu terutama sekali kerana ibu saya perlukan kerusi roda untuk bergerak. Sebelum peningkatan saya terpaksa mengangkat ibu saya untuk keluar masuk ke rumah. Dengan adanya tanjakan, ia memudahkan pergerakan kami. Dan dengan adanya grab bar yang dipasang di kededua tandas, amat, amat membantu untuk ibu saya keluar masuk urusan tandas," kata Encik Abdul Jalil, seorang pemilik rumah.
"Dengan ada peningkatan program HIP, ia banyak membantu terutama sekali kerana ibu saya memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Sebelum peningkatan, saya terpaksa mengangkat ibu saya untuk keluar masuk ke rumah. Dengan adanya tanjakan, ia memudahkan pergerakan kami," tambahnya lagi.
Bercakap semasa melawat sebuah kawasan HDB di Jurong West,
Menteri Pembangunan Negara berkata kerja-kerja naik taraf itu
akan membantu warga emas hidup lebih berdikari dan menjalani usia senja dengan lebih baik.
Terutama sekali bagi warga emas yang tinggal bersendirian yang tidak mempunyai kekuatan atau keupayaan untuk memasang tanjakan sendiri. Ia dibiayai banyak subsidi, kedua-dua pilihan ini, subsidi sehingga 95 peratus bagi flat tiga bilik atau lebih kecil.
HIP akan diperluaskan kepada lagi 230,000 flat yang dibina antara 1987 hingga 1997.
Sekitar 93,000 flat tersebut sudah terpilih untuk menjalani HIP yang diperluaskan itu.
Setakat hujung Mac, pemerintah telah membelanjakan sekitar $3.7 bilion bagi HIP dan $110 juta bagi EASE.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.