Program GROW@Southwest terap panduan galak pelajar SG jaga alam sekitar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sesetengah pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan barat bakal menerima panduan-panduan praktikal mengenai cara-cara menjaga alam sekitar.
Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Daya pada Ahad (28 Jan) melancarkan buku kecil yang mengandungi pelbagai kuiz dan tunjuk ajar bagi melakukan sendiri kegiatan-kegiatan mesra alam.
Buku sumber itu akan diedarkan ke sekolah-sekolah di kawasan CDC tersebut, yang merangkumi kawasan undi Jurong, Pioneer dan West Coast.
Sekolah-sekolah yang menerima buku itu berikrar untuk menawarkan pilihan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan di kantin masing-masing selama empat minggu bagi menggalak kemampanan makanan.
Misalnya, bebola daging 'Peasy balls' yang diperbuat daripada campuran protein tumbuhan.
Ia ditawarkan supaya para pelajar dapat merasa pilihan makanan yang lebih hijau.
"Program GROW@Southwest ini adalah antara kempen di daerah ini untuk meningkatkan kesedaran tentang kemampanan dan jaminan bekalan makanan, bermula dengan sekolah-sekolah dan pelajar kita," kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.
"Memperjuangkan kemampanan harus dan perlu bermula dari kecil lagi, kerana sangat penting untuk mendidik dan memperkasa generasi lebih muda untuk menjadi ejen-ejen perubahan," tambahnya.
CDC tersebut juga mengadakan kempen kitar semula tahunannya pada Ahad, di mana para penduduk juga diajar tentang kehidupan mampan.
Mereka digalakkan membawa barangan untuk dikitar semula.
Menurut pihak penganjur, mereka mengumpul barangan kitar semula seberat hampir 1,100 tan sejak 2006.
Kebanyakannya merupakan pakaian dan kertas.
Jumlah itu bersamaan dengan menyelamatkan sekitar 18,000 pokok.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.