Skip to main content

Singapura

Program GEP yang diperbaharui & SkillsFuture yang dipertingkat cerminkan komitmen pemerintah tingkatkan daya saing rakyat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah untuk mengemas kini Program Pendidikan Bijak (GEP) di sekolah rendah dianggap wajar oleh beberapa anggota masyarakat yang ditemui selepas acara Rapat Umum Hari Kebangsaan 2024 pada Ahad (18 Ogos)

Dengan meluaskan lagi program itu ke semua sekolah, ia memberi lebih banyak peluang kepada pelajar yang berkebolehan tinggi untuk mengasah kemahiran mereka.

Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman berkata, "Saya rasa ini merupakan salah satu proses pembaharuan, evolusi menunjukkan bahawa kita akur bahawa setiap individu mempunyai kebolehan masing-masing dan apa yang kita inginkan ialah mereka yang berkebolehan tinggi diberi ruang untuk menjalani proses ini secara semula jadi bagi mereka.

"Di sinilah kita mengubah sedikit konsepnya di mana mereka akan diasuh kebolehan mereka akan digilap di sekolah masing-masing dan mereka juga akan diberi peluang untuk ke sekolah berkumpulan untuk mereka terus meningkatkan kebolehan mereka," kongsi Dr Maliki.

Beliau yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri berkata langkah itu memberi peluang untuk menggilap bakat dan potensi para pelajar supaya mereka dapat berjaya dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

"Kita mengharap supaya ibu bapa melihat setiap anak anak mereka mempunyai potensi dan mungkin potensi itu akan dapat dikesan pada waktu-waktu yang berlainan dan bukan satu usia sahaja.

"Menerusi prinsip baru ini, kita akan beri peluang kepada anak anak untuk meraih kebolehan mereka sendiri. Ini mencerminkan bahawa setiap individu akan dihargai untuk menyumbang kepada negara," kata Dr Maliki.
PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN SKILLSFUTURE

Rakyat Singapura yang lebih dewasa juga akan diberi lebih banyak bantuan untuk menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran menerusi skim SkillsFuture.

PM Wong mengumumkan Skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture yang elaun latihan di bawah Program Peningkatan SkillsFuture.

Sokongan demikian dilihat lebih menyeluruh dan diharap dapat mendorong lebih ramai untuk tingkatkan kemahiran dan jadi lebih berdaya saing dalam pasaran buruh.

" Ini adalah satu inisiatif yang sungguh bagus sekali di mana mereka dapat mempertingkatkan lagi kemahiran dan seterusnya dapat bantuan semasa mereka mencari pekerjaan baru di dalam sektor yang lain.

"Dengan adanya bantuan $6,000 selama enam bulan itu dapat membantu pekerja-pekerja yang masih mencari pekerjaan atau bertukar satu sektor kepada sektor yang lain untuk mencari pekerjaan dan di samping itu membiayai keluarga," kata Pengarah Sekretariat Operasi dan Divisyen Mobilisasi NTUC, Fahmi Aliman.

Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat pula menekankan bahawa Skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture itu akan menjadi pemangkin bagi rakyat untuk terus menimba ilmu dengan tekun untuk ceburi bidang yang diminati.

"Saya rasa secara amnya peningkatan SkillFuture ini untuk memberi rangsangan kepada pekerja-pekerja kita untuk terus meningkatkan kemahiran mereka pada masa akan datang.

"Dengan tokokan ini dan juga skim-skim yang Perdana Menteri telah katakan, ia boleh menggalak lebih ramai untuk mengambil pembelajaran sepanjang hayat ini dengan lebih serius lagi buat masa akan datang," kata Encik Saktiandi.

Butiran lanjut bagi sokongan bagi mereka yang mengambil kursus sambilan akan diumumkan kelak.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita