Program galak belia Pasir Ris-Punggol ceburi industri teknologi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 60 belia di GRC Pasir Ris-Punggol mengambil bahagian dalam program #HashTech pada hari ini (26 Nov).
Dianjurkan oleh M³@Pasir Ris-Punggol, ia diterajui oleh para relawan belia dan pemudah cara daripada beberapa badan Melayu/Islam dan syarikat teknologi iaitu Malay-Muslims in Tech (MMiT), RedAlpha Cybersecurity, Google Singapore dan Yayasan MENDAKI.
Selain melengkapi para belia dengan kemahiran, program ini mahu mendorong mereka untuk menceburi kerjaya dalam industri berkaitan.
Para peserta dari pelbagai institusi pendidikan termasuk madrasah, dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan bertanding dalam cabaran keselamatan siber.
"Selama ini saya tidak tahu tentang kewujudan keselamatan siber dan sesi ini telah membuka ruang minda saya dan juga memberi saya peluang untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang isu ini," kata seorang peserta, Humairah Safiya Md Helmi.
Para peserta juga membuat pembentangan, berkongsi pengumpulan data masing-masing dan diadili oleh panel mentor industri daripada SMRT dan MMiT.
"Kita harus terus menggalakkan belia kita untuk menyertai industri teknologi kerana ia terus berkembang. Kemahiran yang mereka perolehi dalam industri-industri teknologi boleh digunakan merentas industri-industri lain yang berbeza kerana cara kami bekerja telah berubah dengan pendigitalan," kata Encik Sharael Taha, Penasihat Akar Umbi Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Pasir Ris-Punggol.
Sesi yang diadakan di Kelab Masyarakat One Punggol ini adalah yang ketiga dan terakhir di bawah program #HashTech.

Sumber : BERITA Mediacorp/em
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.