Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program dipertingkat bagi bantu syarikat pemula & SME berinovasi; tebar sayap ke luar negara

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) serta syarikat pemula akan mendapat lebih banyak akses kepada khidmat pakar dalam bidang inovasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Mar 2021 06:56PM Dikemas Kini : 02 Mar 2021 10:05PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) serta syarikat pemula akan mendapat lebih banyak akses kepada khidmat pakar dalam bidang inovasi.

Sebagai sebahagian daripada matlamat Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI)untuk membantu syarikat-syarikat mengembangkan sayap ke luar negara, sebuah program juga diperluaskan.

Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan Dr Tan See Leng berkata program Fellowship Inovasi dan Perusahaan yang baru dibentuk ini akan bantu menghubungkan syarikat-syarikat pemula dengan kumpulan bakat penyelidikan untuk menghasilkan produk mereka.

Bagi SME, Program Penasihat Inovasi yang bertujuan memadankan syarikat dengan para pakar kini akan merangkumi sektor-sektor perkilangan dan logistik.

Untuk memudahkan syarikat memasuki pasaran-pasaran baru pula, rangkaian Perikatan Inovasi Sejagat akan diperluaskan daripada 15 kepada 25 bandar sepanjang lima tahun akan datang.

Pemerintah juga menggalakkan kerjasama antara syarikat besar dengan kecil menerusi program PACT Enterprise Singapura yang menyokong pemindahan pengetahuan antara syarikat. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan