Program di bawah usaha 'Unleash the Roar!' diperluas, kembangkan jumlah bakat bola sepak tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura sedang meluaskan program untuk mengembangkan jumlah bakat bola sepak tempatan di bawah usaha 'Unleash the Roar!'.
Usaha itu termasuk menubuhkan lebih banyak Akademi Bola Sepak Sekolah (SFA) yang merupakan bahagian utama projek tersebut.
Para pemain juga bakal meraih manfaat daripada sebuah pusat pembangunan bola sepak kebangsaan, lebih banyak peluang latihan di luar negara serta peluang mendapatkan biasiswa.
Luthfi Sufaiqish, 14 tahun, merupakan antara 20 pemain terpilih yang menyertai latihan sebulan di Sepanyol tahun lalu di bawah projek 'Unleash The Roar!'.
Minat Luthfi terhadap bola sepak bermula sejak usia enam tahun. Impiannya suatu hari nanti adalah untuk menyarung jersi negara di peringkat antarabangsa.
"Ia adalah pengalaman yang baik kerana anda dapat mempelajari budaya bola sepak yang berbeza. Misalnya, anda dapat belajar rentak permainan, taktik berbeza serta budaya di Sepanyol, selain sekitaran dan cuacanya," kata Luthfi.
Buat masa ini, terdapat 12 SFA di merata negara dengan dua daripadanya khusus bagi perempuan.
Menteri Kebudayaan, Kemasyarakatan dan Belia Edwin Tong berkata lebih banyak akademi sedemikian bakal dibangunkan kelak.
"SFA ini bersama dengan Sekolah Sukan Singapura, Akademi Bola Sepak ActiveSG dan kelab serta akademi privet di Singapura akan menyediakan asas penyertaan yang luas. Ini akan menjadi dasar asas kami. Satu rangka kerja nasional akan memilih dan membangunkan secara sistematik para pemain terbaik," kata Encik Tong.
Beliau menambah sebuah program biasiswa pula akan menyokong bakat-bakat yang berpotensi dengan lebih baik.
Biasiswa tempatan juga akan disediakan bagi mereka yang layak untuk menyertai Sekolah Sukan Singapura.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.