Program Dementia Singapore diperluas, lebih 280 pesakit dan keluarga bakal raih manfaat
Sebuah program yang menyokong pesakit demensia selepas mereka didiagnosis akan diperluas bagi merangkumi penjagaan paliatif dan penjagaan di rumah pada peringkat lebih awal.
- Dementia Singapore is expanding its support programme for dementia patients in Singapore, with S$3.3 million in support from the Lien Foundation.
- More than 280 patients and families are expected to benefit over the next two years through earlier palliative care and home care.
- The programme helps manage symptoms, behavioural changes and home modifications, while also providing advance care planning for patients.
- A dedicated team also provides support to families at home for up to a year, and this can be extended if needed.
- Dementia Singapore memperluas program sokongan pesakit demensia di Singapura, dengan sokongan Yayasan Lien bernilai S$3.3 juta.
- Lebih 280 pesakit dan keluarga dijangka mendapat manfaat dalam tempoh dua tahun akan datang melalui penjagaan paliatif dan penjagaan di rumah lebih awal.
- Program ini membantu mengurus gejala, perubahan tingkah laku, penyesuaian rumah, serta menyediakan perancangan penjagaan awal untuk pesakit.
- Pasukan khusus turut memberi sokongan kepada keluarga di rumah sehingga setahun, dan boleh dilanjutkan jika perlu.
Lebih 280 pesakit demensia dan keluarga mereka dijangka meraih manfaat daripada program Dementia Singapore itu dalam tempoh dua tahun akan datang.
Menurut Dementia Singapore, peluasan tersebut bertujuan memenuhi keperluan pesakit apabila keadaan mereka bertambah serius dan keperluan penjagaan menjadi lebih rumit.
Antara sokongan yang disediakan ialah membantu menguruskan gejala dan perubahan tingkah laku, menyesuaikan keadaan rumah serta merancang penjagaan masa depan.
Pasukan khusus juga boleh memberi sokongan kepada keluarga di rumah sehingga setahun, dengan tempoh itu boleh dilanjutkan jika diperlukan.
Yayasan Lien menyokong program tersebut dengan pelaburan bernilai S$3.3 juta.
PERANCANGAN PENJAGAAN AWAL ANTARA TUMPUAN
Pengerusi Dementia Singapore, Dr Philip Yap, berkata pesakit yang menyertai pusat jagaan siang hari boleh menjalani penilaian bagi mengenal pasti keperluan mereka.
Keperluan tersebut kemudian boleh ditangani berdasarkan prinsip dan amalan penjagaan paliatif.
Menurut Dr Yap, perancangan penjagaan awal merupakan antara komponen utama inisiatif tersebut.
Pesakit yang belum mempunyai pelan penjagaan awal akan diperkenalkan kepada pilihan itu dan, sekiranya berminat, dibantu untuk menyediakan pelan berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.