Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program celik kewangan bimbing belia, golongan memerlukan di Sembawang urus kos sara hidup

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2022 06:37PM Dikemas Kini : 04 Sep 2022 10:10PM
SINGAPURA: Golongan belia serta penduduk yang memerlukan di Sembawang, kini diberi bimbingan tentang cara pengurusan kewangan, sedang kos sara hidup terus meningkat.

Kawasan undi tersebut telah menjalin kerjasama dengan syarikat CGS-CIMB bagi melancarkan program celik kewangan.

Ia meliputi cara untuk memulakan simpanan, membuat pelaburan serta panduan supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scam.

Program tersebut dilancarkan pada Sabtu (4 Sept) melibatkan para penasihat kewangan beserta 500 orang belia.

Dalam minggu-minggu akan datang, para peserta akan melakukan lawatan ke sekolah-sekolah dan kedai-kedai kopi bagi berkongsi lebih banyak maklumat.

Mereka juga bakal berkunjung ke masjid-masjid untuk membimbing masyarakat Melayu/Islam khusus tentang pelaburan yang mematuhi syariah.

Para penuntut Politeknik Republic (RP) pula bakal diberi akses percuma kepada kandungan yang terdapat secara online.

Maklumat tersebut akan dikongsi dengan masyarakat lebih luas secara bertahap.
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan