Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program celik digital nasional beri pelajar akses kepada peranti digital di tengah COVID-19 - Halimah Yacob

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Jan 2022 06:53PM Dikemas Kini : 25 Jan 2022 08:51PM

SINGAPURA: Program Celik Digital Nasional (NDLP)kendalian Kementerian Pendidikan (MOE) membolehkan pelajar mendapat akses kepada peranti digital di tengah-tengah COVID-19, kata Presiden Halimah Yacob pada Selasa (25 Jan).

Puan Halimah berkata peranti pembelajaran peribadi itu telah "banyak" membantu pelajar untuk mendapat akses kepada maklumat digital dalam "pelbagai cara yang berbeza".

Beliau berkata demikian dalamnya lawatannya ke Sekolah Menengah Pasir Ris di mana Presiden Halimah diberik taklimat mengenai rancangan teknologi sekolah tersebut, program kesejahteraan siber dan pelancaran NDLP.

Di bawah NDLP, semua pelajar sekolah menengah memiliki peranti pembelajaran peribadi sendiri pada 2021. Ia dilancarkan dalam dua fasa, iaitu di 86 sekolah pada Penggal 2 dan 66 sekolah pada Penggal 3.

Program itu dilancarkan tujuh tahun lebih awal daripada sasaran asal yang diumumkan Menteri Pendidikan, Ong Ye Kung ketika itu semasa perbahasan jawatankuasa bekalan (COS) 2020.

"Menariknya, pelajar yang tidak mampu masih boleh memilikinya. Masalah kewangan tidak menjadi hambatan bagi mereka. Saya rasa ini sangat baik," kata Presiden Halimah Yacob.

Kemahiran celik digital "sangat penting" bukan sahaja bagi pembelajaran, pembangunan dan pengembangan pelajar, tetapi juga untuk mereka melakukan integrasi ke dalam masyarakat selepas tamat sekolah, tambah beliau.

Dengan teknologi, pelajar boleh meminta bantuan online mengenai kesejahteraan mental mereka, kata Puan Halimah.

Beliau juga menekankan pentingnya membina daya kekuatan mental sepanjang hidup, dengan pandemik COVID-19 tanbah Puan Halimah "memburukkan lagi" keadaan, terutama sekali bagi pelajar yang bergelut dengan pembelajaran dan masalah lain dalam kehidupan mereka.

"Disebabkan langkah pengasingan, hakikat anda tidak dapat berhubung secara fisikal, sememangnya memberikan kesan. Bagai membina daya tahan mental melalui teknologi, pelajar yang mempunyai masalah boleh mendapatkan bantuan secara online," kata Presiden Halimah lagi.

"Saya rasa itu sangat penting kerana mereka akan ada seseorang untuk berbual bersama dan mendapatkan bantuan. Jadi ini akan membantu mereka mengharungi tempoh tersebut. "

Puan Halimah juga menekankan lagi pentingnya kesejahteraan siber.

BACA: Kurikulum CCE sekolah menengah dikemas kini; lebih tertumpu kepada kesejahteraan siber

"Ini bukan sahaja mengenai cara untuk mengakses pelbagai aplikasi, menggunakan komputer untuk mendapatkan maklumat, tetapi juga belajar tentang maklumat yang ada di luar sana," kata Puan Halimah.

Beliau menarik perhatian salah satu kegiatan di Sekolah Menengah Pasir Ris yang membantu pelajar untuk mengenal pasti masalah yang mungkin mereka hadapi apabila berkongsi maklumat di laman web atau wadah media sosial seperti Instagram dan Facebook, "tanpa berfikir dengan mendalam".

Bermain permainan komputer secara berlebihan juga sudah "menjadi masalah serius" di peringkat dunia dan juga di Singapura, kata Puan Halimah.

Kanak-kanak dan pelajar harus tegas beliau harus diajar mengenai bahaya bermain permainan komputer secara berlebihan yang "boleh menjadi masalah",tambah beliau lagi.

"Mengajar pelajar atau anak muda tentang pentingnya mendapatkan maklumat, berada di media sosial dan Internet, tetapi menggunakannya dengan cara selamat dan bertanggungjawab adalah penting," kata Puan Halimah.

“Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, anda tahu bahawa anda tidak mahu menggunakan platform itu untuk mendatangkan bahaya kepada orang lain.

"Dan meningkatkan kesedaran anda tentang potensi menyebabkan kemudaratan itu adalah penting supaya anda menjadi lebih bertanggungjawab, jadi tempat yang anda manfaatkan di Internet adalah selamat untuk orang lain dan juga untuk anda sendiri."

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan