Skip to main content

Singapura

Program berasaskan masyarakat bantu 40 remaja tangani kesihatan mental sejak pelancarannya

Anggaran Waktu Membaca:
Program berasaskan masyarakat bantu 40 remaja tangani kesihatan mental sejak pelancarannya

Gambar: MCI/ Ngau Kai Yan

Diterbitkan : 18 May 2023 07:34AM Dikemas Kini : 18 May 2023 10:13AM
SINGAPURA: Program berasaskan masyarakat untuk membantu belia yang menghadapi masalah kesihatan mental membantu 40 remaja, berusia antara 13 hingga 19, tahun sejak ia dilancarkan pada April lalu.

Presiden Halimah Yacob menyatakan lebih ramai belia semakin bersedia
mendapatkan bantuan untuk keadaan sedemikian.

Beliau menggesa lebih banyak agensi supaya menyertai usaha itu untuk merapatkan jurang bagi penjagaan.

"Apa yang kita hendak lakukan adalah melengkapkan mereka dengan kesedaran, pengetahuan dan keupayaan untuk menangani tekanan biasa dalam kehidupan atau masalah hubungan.

"Kadangkala, itulah peringkat yang paling menekankan, pada usia 13 hingga 19 tahun. Tidak kira di rumah, dalam masyarakat mahupun di sekolah," kata Presiden Halimah semasa lawatan ke Persatuan Kanak-Kanak Singapura semalam (17 Mei).

Agensi itu sudah membantu 15 belia sejak ia mula beroperasi pada Januari lalu. Ia melaporkan bahawa pada peringkat awal intervensi, kebanyakan daripada mereka menunjukkan sekurang-kurangnya peningkatan minimum 55 peratus.

Kakitangan pusat tersebut sudah dilatih oleh Institut Kesihatan Mental (IMH), bukan sahaja untuk membantu remaja menguruskan keadaan mereka,
tetapi juga untuk bekerjasama dengan ibu bapa bagi mengurangkan pergeseren di rumah.
Sumber : CNA/MM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita