Program baru SkillsFuture tawar 800 tempat latihan AI, keselamatan siber
800 karyawan pertengahan kerjaya yang mahu menceburi bidang kecerdikan buatan (AI) dan keselamatan siber kini boleh menyertai satu program SGUnited yang baru kendalian syarikat teknologi IBM.
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: 800 karyawan pertengahan kerjaya yang mahu menceburi bidang kecerdikan buatan (AI) dan keselamatan siber kini boleh menyertai satu program SGUnited yang baru kendalian syarikat teknologi IBM.
Ia sebahagian usaha untuk meluaskan lagi peluang pekerjaan bagi golongan PMET tempatan dalam bidang-bidang yang berkembang.
Ia juga menjadikan jumlah tempat latihan yang diwujudkan kepada lebih 60 peratus daripada 30,000 yang disasarkan.
Sejauh ini, hampir 15,000 orang sudah pun mendaftar.
Para peserta boleh memilih pengkhususan dalam bidang AI atau keselamatan siber selepas selesai mengikuti modul-modul asas.
Setelah tamat program pula mereka boleh memohon kerja sebagai Pereka AI, Pembangun "blockchain" dan Jurutera Data.
Menteri Pendidikan Lawrence Wong yang hadir di acara pelancaran itu pada Selasa (22 Sep) berkata program-program latihan sedemikian merupakan anak kunci untuk membangun bakat dalam industri tertentu.
Bagi memastikan ada cukup bakat bagi mengisi pekerjaan yang diwujudkan, Encik Wong berkata pemerintah sedang mencari lebih ramai rakan korporat untuk menyertai program SkillsFuture.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.