Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru sediakan terapi khusus bagi rawat barah hati

Hanya terdapat beberapa ubat saja yang berkesan merawat barah hati dan para doktor berkata ini satu keperluan besar yang tidak dipenuhi klinik-klinik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2018 07:12PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 11:04PM

SINGAPURA: Hanya terdapat beberapa ubat saja yang berkesan merawat barah hati dan para doktor berkata ini satu keperluan besar yang tidak dipenuhi klinik-klinik.

Bagi mengatasi isu itu, para doktor dan saintis di sini bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan akademik Korea untuk mewujudkan platform yang kukuh dan berdaya tahan.

Platform itu adalah yang pertama seumpamnya di dunia yang menyediakan terapi lebih khusus bagi para pesakit.

Di Singapura, barah hati adalah antara empat jenis barah kerap dihidapi golongan lelaki. Sekitar 24 orang menghidapinya bagi setiap 100,000 orang setahun.

Lazimnya ia menjejas mereka yang berusia antara 40 hingga 50 tahun. Jika tidak dirawat, kebanyakan pesakit tidak dapat hidup lebih enam bulan.

Lantaran itu, platform baru tersebut akan menyediakan pemeriksaan data dan genom pemprosesan tinggi daripada sampel barah hati pesakit untuk mendapatkan pengurusan klinikal yang tepat dengan waktu.

Data itu kemudian akan diperiksa untuk menyampaikan analisis yang teliti dan boleh membantu memperbaiki keadaan pesakit.

Para doktor berharap dapat menjalankan ujian klinikal dalam tempoh setahun seterusnya.

Sumber : CNA/RU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan