Program baru radio 'Jejak Kampung' kembalikan nostalgia bekas penduduk
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Orang ramai kini boleh mengimbau kenangan tinggal di kampung atau mengikuti kisah-kisah menarik kampung-kampung Melayu menerusi satu program baru stesen radio Warna 942.
Dalam program yang diberi nama 'Jejak Kampung', para pendengar boleh mendengar kisah-kisah itu menerusi perkongsian bekas penduduk kampung-kampung itu sendiri.
Penerbit program dan penyiar radio Warna 942, Noreha Bajuri yang dahulu pernah meluangkan masa pada waktu cuti sekolah di kampung-kampung ibu bapanya, mahu mengembalikan nostalgia itu yang menggamit kenangan keluarganya sehingga ke hari ini.
"Keluarga saya tinggal di Jalan Haji Salam, Jalan Kathi, Jalan Geraja dan Langgar Bedok. Keluarga yang besar di sana. Saya ada dua minggu cuti sekolah untuk diluangkan di kampung,"
"Hingga ke hari ini, walaupun bapa saya dan enam adik-beradiknya sudah meninggal dunia, kami tidak berhenti-henti berbual tentang zaman-zaman menetap di kampung. Saya dan sepupu saya rapat kerana pengalaman itu. Di situlah idea 'Jejak Kampung' itu tercipta," kata Cik Noreha.
CETUS INSPIRASI GENERASI BARU ABADIKAN PENGALAMAN HIDUP DI KAMPUNG
Antara kampung yang dipaparkan dalam program itu termasuk Kampung Tempe Jalan Siantan, Kampung Lorong Buangkok dan Kampung Bedok.
Ini selain kampung-kampung di Pulau Bukom, Pulau Sekijang dan Pulau Ubin.
Antara bekas penduduk kampung yang gembira dapat berkongsi pengalamannya menetap di kampung dahulu ialah Cik Noor Riah Sulong yang dibesarkan di Pulau Ubin.
Cik Noor Riah yang kini berusia 63 tahun kini sebenarnya dilahirkan di Pulau Tekong tetapi berpindah ke Pulau Ubin pada usianya 3 tahun.
"Kenangan banyak, masa kecil-kecil kita dengar kokokan ayam pada pagi. Kita dapat rasa air embun. Sekarang kita duduk di bandar tidak boleh rasa itu semua. Kalau malam sunyi, kita dengar bunyi cengkerik, ayam berkokok," kongsi Cik Noor Riah.

Beliau juga sering berkongsi pengalaman hidup di kampung dengan anaknya, Encik Nor Syazwan.
Walaupun tidak pernah menetap di kampung, perkongsian ibunya itu cukup membuatkan belia berusia 25 tahun itu rasa teruja dan mahu mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan di kampung.

Untuk itu, Encik Nor Syazwan membangunkan sebuah blog dan akaun media sosial untuk mengabadikan kisah dan pengelaman ibunya itu dan bekas penduduk lain.
Selain itu, beliau juga berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai menerusi "Wan's Ubin Journal".

"Pada mulanya sambutan bagi Wan's Ubin Journal ini bukanlah begitu hangat. Saya rasa mungkin generasi sekarang tidak begitu tertarik dengan sejarah ataupun warisan kita tapi Alhamdulillah lama-kelamaan sambutan menjadi semakin rancak," kata beliau apabila ditanya tentang sambutan terhadap inisiatifnya itu.
Akaun instagram, 'Wansubinjournal' yang kini mempunyai sekitar 1,500 pengikut itu mendorong beliau untuk terus menyediakan wadah bagi penduduk-penduduk di Pulau Ubin berkongsi cerita dan pengalaman hidup mereka.
Kisah-kisah sebegini boleh diikuti orang ramai menerusi program 'Jejak Kampung' yang disiarkan secara serentak di stesen radio Warna 942, Facebook dan juga meListen setiap hari Isnin dan Khamis pada 3.15 petang.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.