Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru NEA tawar pembiayaan hingga 90% untuk naik taraf tandas di kedai kopi

Kedai kopi yang ingin menaik taraf reka bentuk dan prasarana tandas boleh mendapat sehingga 90 peratus pembiayaan daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di bawah program baru yang dilancarkan pada Jumaat (2 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Program baru NEA tawar pembiayaan hingga 90% untuk naik taraf tandas di kedai kopi

(Gambar fail: Nuria Ling/TODAY)

Diterbitkan : 02 Oct 2020 09:07PM Dikemas Kini : 02 Oct 2020 09:11PM

SINGAPURA: Kedai kopi yang ingin menaik taraf reka bentuk dan prasarana tandas boleh mendapat sehingga 90 peratus pembiayaan daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) di bawah program baru yang dilancarkan pada Jumaat (2 Okt).

Kedai-kedai kopi layak mendapat pendanaan bersama sehingga sebanyak 90 peratus - dihadkan hingga S$45,000 - jika ia juga tidak menyediakan lagi sudut merokok.

"Langkah itu sebagai insentif kepada pengendali kedai kopi yang mempunyai sudut merokok di premis mereka untuk membasmi masalah asap rokok dan mewujudkan sekitaran makan yang lebih menyenangkan bagi semua pelanggan mereka," kata agensi itu dalam satu kenyataan media.

Kedai-kedai kopi yang tidak mempunyai sudut merokok boleh memohon bagi sokongan dana sebanyak 70 peratus - dengan had S$35,000 - iaitu aras subsidi asas.

Pengendali yang memilih untuk terus mengadakan sudut merokok akan layak menerima dana sebanyak 60 peratus, tidak melebihi S$30,000.

"Walaupun penyertaan dalam program ini adalah tidak wajib, pengendali sekitar 1,100 kedai kopi di Singapura sangat digalakkan untuk membuat permohonan, kerana kebersihan tandas menyumbang besar kepada kebersihan keseluruhan kedai kopi sebagai tempat makan dan baik untuk perniagaan mereka."

PEMBERSIHAN MENYELURUH TANDAS SETIAP DUA MINGGU

Di bawah Program Peningkatan Tandas, kedai kopi harus mempunyai kontrak pembersihan untuk melakukan pembersihan tandas baru yang diubah elok secara lebih menyeluruh setiap dua minggu sekali.

"Kontrak pembersihan ini juga akan diberikan subsidi tinggi, sehingga 90 peratus, dan akan dibiayai bersama pada tahun pertama," kata NEA.

Ia menambah bahawa kerja-kerja pembersihan menyeluruh perlu dilakukan sebagai tambahan kepada pembersihan harian.

Untuk pusat penjaja pula, NEA juga akan membiayai bersama majlis-majlis bandaran sehingga 90 peratus daripada kos menaik taraf tandas.

NEA menyatakan pihaknya merancang untuk membiayai sehingga 40 pusat penjaja yang kawasan umum dan tandasnya diuruskan oleh majlis bandaran.

Program Peningkatan Tandas akan berlangsung sehingga Mac 2022.

NEA menyatakan pemeriksaan kerap dilakukan, sambil menambah bahawa tindakan telah diambil terhadap 123 pemilik dan pengendali tandas awam antara 1 Januari hingga 31 Ogos.

Jumlah denda ditambah pada awal tahun ini bagi kesalahan dalam memastikan kebersihan tandas awam.

Sebagai contoh, pemilik dan pengendali tandas awam boleh dikenakan denda sehingga S$400 bagi kesalahan pertama kerana gagal menyediakan kelengkapan asas seperti sabun atau kertas tandas.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan