Program baru MIC@Home beri pesakit pilihan jalani jagaan bertaraf hospital di rumah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NUHS
SINGAPURA: Satu program baru, Jagaan Pesakit Mudah Alih atau MIC@Home, memberi pesakit pilihan untuk menjalani penjagaan bertaraf hospital di rumah.
Ia sesuai bagi pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan daripada demam denggi, jangkitan kulit dan radang paru-paru.
Menerusi cara itu sehingga 300 katil hospital di negara ini dapat dikosongkan bagi pesakit-pesakit lain.
Pesakit yang sesuai bagi program MIC@Home akan dikenal pasti sebaik-baik sahaja mereka dimasukkan ke hospital.
Sebuah pasukan penjagaan di rumah juga akan melakukan lagi satu pusingan penilaian.
Pesakit yang tidak perlu menginap di hospital akan dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.
Proses penyembuhan mereka akan dipantau setiap hari secara online.
Jika perlu, sebuah pasukan perubatan akan melakukan lawatan ke rumah.
Satu tinjauan oleh Hospital Alexandra dan Hospital Universiti Nasional (NUH) mendapati lebih 75 peratus pesakit sedia untuk mencuba kaedah itu.
"Di Singapura, dengan penduduk yang semakin menua dan kapasiti kita yang terhad dari segi sumber, menyediakan lebih banyak katil, membina lebih banyak hospital mungkin bukan huraian bagi masalah ini. Oleh itu, program MIC@Home, sebenarnya cuba menangani hambatan berkaitan sumber-sumber jagaan kesihatan," kata Dr Sandra Tan Konsultan Bersekutu di NUHS.
Bagaimanapun, ada juga pesakit yang bimbang mengenai mutu penjagaan semasa proses pemulihan di rumah.
"Pertama, adakah pesakit akan mendapat perhatian dan penjagaan yang secukupnya oleh pihak yang berkenaan kerana kami jauh daripada hospital. Kebimbangan kedua, adakah saya boleh menjaga diri saya sendiri sekiranya keadaan saya menjadi bertambah teruk," kata Encik Teo Soo Leng, seorang pesakit yang ditemui pada Khamis (29 Sep).
Lantaran itu, teknologi memainkan peranan penting dalam meredakan kebimbangan tersebut.
"Sistem pemantauan tanda-tanda penting kami, di mana pesakit boleh memasukkan hasil pemantauan mereka di dalam aplikasi berasaskan telegram dan ia kemudian dihantar ke papan pemuka kami dan jururawat kami boleh bertindak balas hampir serta-merta jika terdapat sesuatu keganjalan," jelas Dr Michelle Tan Ketua Pakar Klinik Bersama, SGH@Home dan Ketua Jabatan, Perubatan Keluarga & Penjagaan Berterusan di SGH.
Program MIC@Home bermula pada April lalu di NUH, Hospital Besar Singapura (SGH) dan Yishun Health MedicalHome.
Ia akan diperluaskan ke seluruh Sistem Kesihatan Universiti Nasional, Kumpulan Jagaan Kesihatan Kebangsaan (NHG) serta SingHealth.
Ada juga rancangan hendak melibatkan lebih banyak hospital dalam program itu tidak lama lagi.

Sumber : CNA/IA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.