Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru kecerdasan buatan IBM dilancar bagi rakyat S'pura

Sebagai sebahagian daripada ulang tahun kedua SkillsFuture untuk Tempat Kerja Digital (SFDW), Menteri Pendidikan Ong Ye Kung melancarkan program yang dipertingkat untuk merangkumi kandungan kecerdasan buatan (AI) pada Jumaat (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Oct 2019 08:36PM Dikemas Kini : 04 Oct 2019 10:21PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada ulang tahun kedua SkillsFuture untuk Tempat Kerja Digital (SFDW), Menteri Pendidikan Ong Ye Kung melancarkan program yang dipertingkat untuk merangkumi kandungan kecerdasan buatan (AI) pada Jumaat (4 Okt).

Semasa lawatannya ke IBM, Encik Ong turut melancarkan lima program dua hari AI bagi rakyat Singapura.

Program-program baru itu bermatlamat mendidik para karyawan tentang pelbagai konsep AI dan cara ia boleh dilaksanakan di tempat kerja.

Ia bakal ditawarkan IBM yang menyasarkan untuk melatih 2,500 rakyat Singapura dalam tempoh tiga tahun depan.

Dengan perkembangan ini, Encik Ong percaya, Singapura mampu mencapai sasaran mendekati 60,000 rakyat Singapura menjelang akhir tahun ini.

Singapura kini mengungguli senarai 105 bandar global yang paling bersedia mengharungi gangguan teknologi selanjutnya disebabkan AI.  

Sumber : CNA/AQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan