Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru Green Spaces@South West dilancarkan

Jumlah taman masyarakat CDC Barat Daya naik seganda dari 69 kepada 152 taman sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2018 06:37PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:33PM

SINGAPURA: Jumlah taman masyarakat CDC Barat Daya naik seganda dari 69 kepada 152 taman sekarang.

Dan taman-taman tersebut tidak lama lagi akan menjadi ruang menghijau bagi para penduduk berinteraksi.

Program baru Green Spaces@South West dilancarkan siang tadi bagi tujuan tersebut.

Kawasan barat daya Singapura kini dipenuhi pelbagai jenis taman masyarakat.

Taman-taman bertingkat itu adalah sebahagian daya usaha CDC Barat Daya bersama NParks.

Program "1,000 Tumbuhan Asli Barat Daya" kini diubah menjadi Green Spaces@South West.

Akan ada sokongan baru seperti dana dan geran kegiatan.

Menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee, taman-taman yang ada sayuran, mengajar kita tentang nilai makanan dan tidak membazir.

Sejauh ini terdapat lebih 1,000 tumbuhan asli di lebih 150 taman masyarakat merata negara.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan