Skip to main content

Singapura

Program baru galak pekerja pertengahan kerjaya galas peranan utama dalam industri teknologi kewangan

Anggaran Waktu Membaca:
 Program baru galak pekerja pertengahan kerjaya galas peranan utama dalam industri teknologi kewangan

(Gambar: Institute of Policy Studies/Jacky Ho)

Diterbitkan : 10 Feb 2023 07:09PM Dikemas Kini : 10 Feb 2023 07:16PM
SINGAPURA: Satu program bakat baru dilancarkan dengan tujuan melengkapi semula kemahiran para pekerja pertengahan kerjaya, menggalas peranan-peranan utama dalam industri teknologi kewangan atau 'fintech' negara.

Ia adalah sebahagian usaha untuk merapatkan jurang bakat dengan tenaga kerja sektor berkenaan dijangka bertambah purata 45 peratus atau tambahan 6,000 pekerja dalam tempoh dua tahun akan datang.

10 syarikat sedemikian termasuk YouTrip berikrar untuk memanfaatkan program sembilan bulan tersebut.

Program Penukaran Kerjaya itu berharap dapat mengisi jawatan seperti spesialis jaminan mutu sofwe.

Ia akan melatih peserta dengan kemahiran teknikal yang baru.

Mereka juga berpeluang bekerja sambil belajar di syarikat-syarikat yang menyertai program berkenaan.

"Kami mempunyai banyak jawatan yang kami harap dapat diliputi Program Penukaran Kerjaya (CCP) " kata Caecilia Chua, pengasas bersama, CEO, YouTrip.

"Kami rasa sektor keselamatan siber, kami rasa sektor kejuruteraan data, inilah aspek yang sedang membangun dalam pembangunan teknologi dan dilihat bertambah penting dalam bidang kami," tambahnya.
Sumber : CNA/RU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita