Skip to main content

Singapura

Program baru biaya projek bantu kurangkan pengeluaran karbon dalam sektor penerbangan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Mar 2023 05:07PM Dikemas Kini : 03 Mar 2023 10:35PM
SINGAPURA: Satu program baru akan membiayai projek-projek yang membantu mengurangkan pengeluaran karbon dalam sektor penerbangan.

Pembiayaian berjumlah S$50 juta itu bertujuan membantu menjadikan Singapura sebuah hab udara mesra alam sekitar yang lebih menyerlah daripada para pesaing lain.

Ia ketika sektor perjalanan udara dijangka pulih sepenuhnya mulai tahun depan.

Program tersebut akan menyokong lebih banyak laluan udara "hijau" yang menggunakan bahan bakar mesra alam.

Projek-projek yang layak termasuk yang mengurangkan masa pesawat di landasan serta kerjasama syarikat dalam kajian mampan.

Dana itu juga akan menyokong usaha memastikan semua kenderaan baru di lapangan terbang menggunakan kuasa elektrik menjelang 2025.

Menjelang 2040, semua kenderaan perlu beralih ke bahan bakar mesra alam.

"Kita akan memulakan uji cuba penggunaan diesel yang diperbaharui, terutama bagi kenderaan khas pengendali landasan lapangan terbang di mana tiada model kereta elektrik.

"Uji cuba ini akan memberikan maklumat tentang penilaian diesel diperbaharui sebagai melengkapi proses menggunakan kuasa elektrik bagi mencapai matlamat kenderaan lebih hijau menjelang 2040," kata Menteri Pengangkutan S Iswaran.
Sumber : CNA/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita