Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru beri bantuan lampin kepada keluarga memerlukan di kawasan Barat Laut

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu program baru dilancarkan untuk menyediakan bantuan lampin kepada keluarga yang layak di Daerah Barat Laut.

Program The Huggies Singapore Diaper Bank @ North West akan membantu keluarga kurang bernasib baik menampung sebahagian besar perbelanjaan lampin anak mereka untuk tahun ini, menurut Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Barat Laut pada Isnin (11 April).

Keluarga berkenaan boleh memohon untuk menerima enam bungkusan lampin bagi setiap anak mereka pada April dan Oktober.

Permohonan yang dibuka dari 11 April hingga ke 2 Mei menandakan pelancaran rasmi program tersebut. Jika permohonan mereka berjaya, penduduk akan menerima lampin tersebut dalam masa 14 hari bekerja.

Sekitar 1,000 kanak-kanak akan meraih manfaat program itu setiap tahun, yang dijalankan dengan kerjasama syarikat Kimberly-Clark Singapura, menurut CDC Barat Laut.

Untuk layak bagi bantuan itu, pemohon haruslah penduduk di kawasan Barat Laut dan mempunyai anak berusia sehingga empat tahun.

Pendapatan per kapita juga harus kurang atau sama dengan S$750 atau pendapatan isi rumah harus kurang daripada atau sama dengan S$1,900 dengan sekurang-kurangnya seorang anggota isi rumah itu adalah warganegara Singapura.

Tiada batasan ditetapkan bagi jumlah anak yang layak dalam setiap isi rumah. Sebuah keluarga boleh membuat permohonan bagi lebih daripada seorang anak selagi mereka berumur empat tahun ke bawah.

Secara keseluruhan, setiap kanak-kanak yang layak boleh mendapat sehingga 12 bungkusan lampin.

Penduduk yang memenuhi ukur tara itu boleh membuat permohonan di sini, https://go.gov.sg/nwdiapers.

CDC menyatakan ia komited untuk membantu penduduk mudah terjejas membiayai kos sara hidup dan meringankan tekanan daripada pembelanjaan mereka di tengah-tengah kenaikan harga global.

CDC juga bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat seperti kelab masyarakat dan balai rakyat, Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA) dan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk mengenal pasti keluarga yang mungkin boleh mendapat manfaat daripada program tersebut.

Agensi rakan kongsi CDC juga dapat membantu penduduk untuk membuat permohonan bagi program tersebut sekiranya mereka tidak dapat melakukannya sendiri.

"Sejak empat tahun lalu, Bank Lampin Huggies Singapura telah bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyokong lebih 2,000 keluarga dan kami kekal komited untuk memastikan semua keluarga Singapura mendapat akses kepada barangan penting yang mereka perlukan dalam perjalanan menjadi ibu bapa," kata Encik Aviroot Prasitnarit, pengurus besar Kimberly-Clark Singapura.

"Yang penting, program ini sejajar dengan pendekatan CDC untuk membantu penduduk memperoleh lebih banyak jenis keperluan dan perkhidmatan," kata Datuk Bandar Derah Barat Laut, Alex Yam.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan