Skip to main content

Singapura

Program baru berasaskan keprihatinan bakal dirintis di tiga sekolah menengah 2022

Sebuah program berasaskan keprihatinan akan dirintis di tiga sekolah menengah pada tahun depan, sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan daya tahan mental para pelajar di bawah kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) yang diberi nafas baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Program baru berasaskan keprihatinan bakal dirintis di tiga sekolah menengah 2022

Gambar fail pelajar Sekolah Menengah Yio Chu Kang memakai pelitup semasa pandemik COVID-19 (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 14 Aug 2021 06:59PM Dikemas Kini : 14 Aug 2021 07:03PM

SINGAPURA: Sebuah program berasaskan keprihatinan akan dirintis di tiga sekolah menengah pada tahun depan.

Ia sebahagian daripada usaha mengukuhkan daya tahan mental para pelajar di bawah kurikulum Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) yang diberi nafas baru.

Program tersebut akan membantu pelajar lebih memahami buah fikiran dan perasaan mereka serta cara-cara menghadapinya.

Ia terdiri daripada empat sesi yang disampaikan menerusi kaedah hibrid yang menggabungkan pembelajaran dalam kelas serta online.

Program berkenaan akan diterajui oleh pakar psikiatrik tempatan, seorang ahli sains saraf dan badan amal kesejahteraan mental Pusat Brahm.

Inisiatif tersebut diumumkan oleh Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Janil Puthucheary di Sidang Keprihatinan Asia Pasifik pada Sabtu (14 Ogos).

Dr Puthucheary turut menekankan peri pentingnya usaha sedemikian sedang pelbagai cabaran muncul akibat pandemik COVID-19.

"Pandemik ini akan terus menimbulkan cabaran bagi kesejahteraan mental dan kesihatan penduduk kita, kerana kesannya mungkin akan berlarutan selama beberapa tahun akan datang" katanya.

"Kita belum sampai penghujung walau ada sinar cahaya dengan meningkatnya penggunaan vaksinasi, pengendalian kes tetapi ini akan berlanjutan selama beberapa tahun." 

Sumber : CNA/SY/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita