Program baru bekerja sambil belajar dilancar; bantu pelajar politeknik raih sijil lebih pantas
Satu program baru bekerja sambil belajar yang membolehkan pelajar politeknik menggenggam diploma dan ijazah mereka dalam tempoh lebih pendek diumumkan Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Jumaat (12 Jul).
SINGAPURA: Satu program baru bekerja sambil belajar yang membolehkan pelajar politeknik menggenggam diploma dan ijazah mereka dalam tempoh lebih pendek diumumkan Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Jumaat (12 Jul).
Program dipanggil 'Through-Train-Work-Study', antara inisiatif baru yang diumumkan di Karnival Bekerja sambil Belajar yang diadakan di Politeknik Nanyang.
Ia memberi pelajar lebih banyak peluang untuk bekerja sambil belajar, sekali gus memberi mereka pengalaman dalam sektor tenaga kerja yang pesat berubah.
Sebagai permulaan, Politeknik Temasek (TP) akan bekerjasama dengan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) dan Institut Teknologi Singapura (SIT) untuk melancarkan dua kursus dalam bidang mekatronik dan perkhidmatan pembangunan pada tahun depan dengan 40 pelajar.
Di bawah laluan program Ijazah Bekerja dan Belajar SkillsFuture, para pelajar boleh mula mengambil modul di peringkat universiti lebih awal dan meraih ijazah mereka sehingga setahun lebih awal.
"Melalui program ini, penuntut akan melalui program bekerja sambil belajar bersama syarikat bernaung mereka semasa di tahun ketiga politeknik," kata timbalan guru besar TP, Anita Kuan.
"Setelah menerima diploma politeknik, peserta akan diberi kontrak bekerja sepenuh masa dari syarikat penaung mereka dan langsung mendapat tempat di universiti sebagai mahasiswa untuk meneruskan pelajaran mereka".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.