Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program baru bantu SME keluarkan produk dan khidmat baru, lebar sayap ke luar negara

Perusahaan kecil dan sederhana (SME) tradisional yang mahu mengeluarkan produk dan khidmat baru, atau mahu berkembang ke luar negara akan mendapat bantuan yang lebih bersasar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2020 08:04PM Dikemas Kini : 28 Oct 2020 09:32PM

SINGAPURA: Perusahaan kecil dan sederhana (SME) tradisional yang mahu mengeluarkan produk dan khidmat baru, atau mahu berkembang ke luar negara akan mendapat bantuan yang lebih bersasar.

Ia menerusi satu program baru selama setahun kelolaan Enterprise Singapore yang mana para pemimpin syarikat akan dibimbing dan dihubungkan kepada pakar-pakar industri.

Pemerintah menetapkan sasaran untuk melatih sekitar 900 pemimpin perniagaan sepanjang tiga tahun akan datang.

Berucap dipelancaran program itu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata pemerintah sedang berusaha memperuntukkan lebih banyak sumber bagi menyokong firma-firma tempatan.

Ini memandangkan kebanyakan keprihatinan tentang pekerjaan di tengah-tengah pandemik COVID-19 telah ditangani.

Namun, beliau menegaskan sokongan bukan sekadar menyediakan geran dan subsidi sahaja.

"Jika anda bertekad untuk mengembangkan perniagaan anda dan memasuki bidang baru untuk berinovasi dan mengubah perniagaan anda, kita akan mencari sumber untuk menyokong anda. Ia bukan sekadar memberi geran dan subsidi untuk mempertahankan dan mengekalkan apa yang anda ada.

"Lebih penting lagi, kita mahu menyokong anda, dengan memberi anda peluang untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan baru bagi meneroka pasaran dan pengetahuan baru," ujar Encik Chan. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan