Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program bantuan keganasan keluarga Home Team diperluas ke semua balai polis

Program bantuan dan rujukan keganasan keluarga pasukan Home Team diperluaskan ke semua balai polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Dec 2021 08:34PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 09:50PM

SINGAPURA: Program bantuan dan rujukan keganasan keluarga pasukan Home Team diperluaskan ke semua balai polis.

Apabila dirintiskan dari Januari 2019 hingga November tahun ini, Pasukan Polis Singapura (SPF) berjaya mengenal pasti lebih 600 pesalah dan anggota keluarga terdekat mereka di bawah program tersebut.

Di bawah program itu, para pesalah keganasan keluarga akan dirujuk kepada pekerja sosial yang khusus untuk mendapatkan penilaian lanjut dan menerima bantuan yang sesuai.

Program itu dirintis di Balai Polis Bedok sekitar dua tahun lalu sebelum diperluaskan ke balai-balai polis yang lain.

Pada September hingga November tahun ini, 72 suspek dan anggota keluarga mereka yang terdekat sudah menerima bantuan di bawah program itu.

Sumber : CNA/RU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa