Program Bandar Hijau HDB jadikan estet lama lebih mampan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang bergerak pesat melaksanakan Program Bandar Hijau yang bertujuan menjadikan estet-estet lama lebih mampan.
Tahun depan misalnya, ia akan memberi tumpuan kepada cara-cara menyejukkan lagi estet-estet HDB, memanfaatkan air hujan serta menggalakkan penggunaan pengangkutan mesra alam.
Tahun ini, ia sudahpun mencatatkan kemajuan besar dengan pemasangan panel-panel suria di 540 blok, serta adanya kawasan hijau di bumbung sembilan tempat meletak kereta.
Di Punggol, paip air memainkan peranan penting dalam usaha menjimatkan air.
Air hujan, misalnya, akan disalurkan ke dalam satu tangki air bawah tanah.
Ia kemudian dirawat di sebuah bilik rawatan pusat, dan disimpan.
Kaedah tersebut boleh menjimatkan lebih 50 peratus air yang digunakan untuk mencuci lantai ruang am, dan menyiram pokok.
Malah ada satu lagi manfaat.
Penyaluran air hujan ke dalam tangki akan memperlahankan alirannya ke sistem saliran, lantas mengurangkan risiko banjir jika berlaku hujan lebat.
Mulai tahun depan, 12 sistem sedemikian akan dipasang di Yishun dan Jurong, yang dikenal pasti sebagai mudah dilanda banjir.
Di estet Tampines pula, ia sedang 'disejukkan' dengan bantuan sejenis cat khas yang memantul haba, sekali gus mengurangkan suhu sekelilingnya sehingga 2 darjah Celsius.
Langkah itu sungguh dialu-alukan penduduk di situ sedang data menunjukkan, Tampines sebenarnya lebih panas daripada estet-estet lain.
Setakat ini, lebih 30 peratus daripada 130 blok di Tampines sudah disapu dengan cat sedemikian.
Bakinya akan dicat tahun depan.
"Pengurangan 2 darjah Celsius dalam suhu udara tentu sekali dapat mengurangkan pergantungan penduduk kepada alat hawa dingin dan sekali gus mengurangkan penggunaan elektrik," kata
Penolong Profesor Wang Jing Yu, dari Jabatan Pendidikan Kemanusiaan & Pengajian Sosial Institut Pendidikan Nasional (NIE).
"Jadi, mengurangkan penggunaan elektrik pastinya mengurangkan jejak karbon kita, dan memperlahankan trend pemanasan global," tambahnya.
Bukan itu sahaja, penduduk Tampines juga tidak lama lagi akan mempunyai lif yang dipasang Sistem Penjanaan Semula Tenaga Lif, atau EERS.
Ia mampu memanfaatkan bekalan tenaga yang dijana daripada pergerakan lif untuk menghidupkan lampu dan kipas udaranya.
Kesemua inisiatif di bawah Program Bandar Hijau bertujuan mengurangkan penggunaan tenaga di bandar-bandar dengan sebanyak 15 peratus menjelang akhir dekad ini.
Rancangan-rancangan lain untuk menjadikan estet lama lebih mesra alam termasuklah memasang lebih banyak panel suria, dan juga alat deria gerakan canggih bagi lampu-lampu di kawasan umum.
Untuk menggalak perjalanan mesra alam pula, 5,000 rak sudah pun dipasang tahun ini.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.