Program baharu latihan amali bimbing jurutera jagaan kesihatan tingkatkan mutu khidmat tempatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA; Satu generasi baharu jurutera jagaan kesihatan akan ditugaskan untuk meningkatkan penyediaan khidmat, serta mutu dan kecekapan sistem jagaan kesihatan tempatan.
Mereka akan dibimbing oleh SingHealth di bawah program latihan amali yang baharu.
Para pelajar akan menerapkan prinsip-prinsip kejuruteraan dalam pelbagai bidang jagaan kesihatan.
Antaranya, mereka bentuk peranti perubatan, membangunkan teknologi perubatan serta mengoptimumkan prasarana.
Program tersebut merangkumi bimbingan mentor, bermula dengan kira-kira 25 pelajar peringkat pengajian tinggi.
Timbalan Ketua Pegawai Operasi (COO) Singhealth Group bagi khidmat sekitaran, prasarana dan transformasi, Alson Goh berkata: "Kita perlu bekalan berterusan bakat kejuruteraan jagaan kesihatan ke dalam sistem, dan kita mahu pastikan mereka dilatih dengan baik, daripada sekadar teori.
"Jadi bila mereka terlibat dalam program latihan amali, kami pastikan mereka terlibat secara langsung. Mereka berpeluang untuk tangani cabaran dan masalah sebenar di lapangan, jadi mereka dapat gunakan ilmu yang dipelajari di universiti dengan baik."

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.