Skip to main content

Singapura

Program baharu galak pelajar lakar huraian bagi isu masyarakat dengan bantuan bidang STEM

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Sep 2024 11:03PM Dikemas Kini : 10 Sep 2024 12:35AM
SINGAPURA: Satu program baharu 'STEAMunity' menghimpunkan pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi untuk melakar huraian bagi masyarakat, dengan bantuan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.

Program anjuran Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), akan menyediakan pengalaman secara langsung bagi pelajar sedang mereka bekerja rapat dengan agensi-agensi masyarakat untuk menangani masalah sebenar kehidupan.

Selepas membentangkan idea mereka, kumpulan pelajar ini kemudian berpeluang mengembangkan huraian mereka dengan rakan kongsi industri, sebelum pelaksanaannya.

Semasa melancarkan program itu pada Isnin (9 Sep), Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata, amat penting bagi pelajar hari ini untuk memupuk minat dalam bidang sains dan teknologi.

"Saya rasa, sekurang-kurangnya, di samping asas celik huruf dan angka, harus ada kecelikan asas saintifik.Khususnya, sedang kami menggalakkan pelajar untuk berfikir secara bebas.

"Tetapi pemikiran sedemikian dan bekerjasama tidak bercanggah. Justeru dengan memupuk tabiat dan kemahiran bekerjasama di kalangan pelajar, anda boleh membantu mereka berjaya di kemudian hari," kata Encik Heng.
Sumber : CNA/NY/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita