Program baharu dilancar bantu warga emas SG perbaiki daya ingatan & keupayaan kognitif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga emas tempatan kini mempunyai sebuah ruang baharu untuk berkongsi kisah mereka.
Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), pertubuhan Lions Befrienders dan Vanguard Healthcare melancarkan program penceritaan gaya Jepun pertama di Singapura khusus untuk warga emas.
Berdasarkan bukti yang dikumpulkan daripada inisiatif di Jepun, para penyelidik mendapati kaedah itu boleh meningkatkan keupayaan ingatan dan kognitif mereka.
Disesuaikan daripada model penyelidikan yang diiktiraf dari Tokyo, inisiatif perintis tersebut bertujuan memperkasakan warga emas, menggalakkan penuaan yang sihat dan ikatan lebih mesra antara generasi.
Mereka bukan sahaja diajar cara membaca dengan lantang kepada kanak-kanak beserta isyarat tangan, malah juga cara menyelitkan kisah peribadi mereka semasa membaca buku.
Jika berjaya, program perintis itu akan diluaskan ke lebih banyak Pusat Penuaan Aktif di merata negara.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.