Skip to main content

Singapura

Program baharu didik kanak-kanak cara bertindak semasa kecemasan

Anggaran Waktu Membaca:
Program baharu didik kanak-kanak cara bertindak semasa kecemasan
(Gambar: Tangkapan skrin video Mediacorp)
Diterbitkan : 28 Feb 2026 07:30PM Dikemas Kini : 28 Feb 2026 07:32PM
  • Yayasan Jantung Singapura (SHF) menganjurkan program baharu untuk mendidik kanak-kanak mengenai kecemasan jantung.
  • Sejak Mac tahun lalu, lebih 1,000 kanak-kanak dari 18 institusi telah menyertai program ini di Singapura.
  • Kanak-kanak diajar mengenali tanda serangan jantung, menghubungi talian 995, dan meminta bantuan orang dewasa.
  • Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kerana kebanyakan serangan jantung berlaku di rumah.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Mengajar kanak-kanak seawal umur lima tahun cara untuk bertindak jika berlaku kecemasan jantung.

Program baharu itu membantu mereka mengenali tanda-tanda serangan jantung, cara menghubungi talian 995, serta meminta bantuan orang dewasa.

Sejak program perintisnya diperkenalkan setahun lalu, lebih 1,000 kanak-kanak sudahpun mengambil bahagian.

Sejak Mac tahun lalu, 18 prasekolah, sekolah rendah dan pusat jagaan pelajar sudah menyertai program tersebut.

Dianjurkan oleh Yayasan Jantung Singapura (SHF), kanak-kanak dibimbing mengenai langkah-langkah bagi respons kecemasan.

Mereka belajar cara mengenali tanda-tanda apabila seseorang
memerlukan bantuan segera, siapa yang perlu dihubungi, dan apa yang perlu dikatakan.

Lebih 3,600 serangan jantung dicatatkan di Singapura setiap tahun,dengan 80 peratus berlaku di rumah.
Sumber : CNA/AA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita