Program baharu belia SG mahu perkukuh perpaduan sosial Asia Tenggara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu program baharu yang diterajui golongan belia ingin memperkukuh perpaduan sosial dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara.
Badan Pengakap Sedunia menjalin kerjasama dengan Yayasan Temasek untuk mendekati ribuan anggota pengakap di serata Asia Tenggara.
Inisiatif "Young Peace Builders" atau 'Belia Pembina Keamanan' itu ingin menyediakan peluang pendidikan yang menggalak keamanan berkekalan, dialog dan harmoni.
Program tersebut bakal melatih para belia mengenai cara dialog yang berkesan serta penyelesaian konflik.
Ini termasuk bengkel selama lima hari di Singapura yang memberi tumpuan kepada keamanan, dialog dan harmoni yang diterajui golongan belia.
Para pemimpin muda yang terlibat termasuk yang datang dari Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Mereka turut membincangkan peranan yang boleh dimainkan bagi menggalak keamanan dan keharmonian.
Peserta Indonesia Tamara Al Ihsan berkongsi: "Yang pertama iaitu, kita belajar mengenai perdamaian dunia ini, apa sahaja yang harus boleh kita lakukan, salah satunya dialog. Yang kedua, iaitu, oleh kerana pemerintah memiliki peranan yang sangat besar maka kita jalin kolaborasi atau bekerjasama dengan pemerintah itu sendiri."
Menteri Negara, Penerangan & Pembangunan Digital, Dr Janil Puthucheary berkata: "Kita perlu mencipta peluang-peluang untuk golongan belia saling bertemu, bekerjasama, meraih manfaat daripada rasa perpaduan dan kekuatan menerusi kepelbagaian. Kita perlu menyediakan peluang untuk mereka mencari haluan mereka sendiri menerusinya. Bukan menerusi resepi yang kita dahulu ikuti berdekad lalu."

Sumber : CNA/IQ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.