Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Program akan dilancar untuk galak rakyat S'pura sertai industri kontraktor ubah elok

Kontraktor-kontraktor ubah elok di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menarik lebih ramai rakyat tempatan menyertai sektor itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Sep 2020 07:57PM Dikemas Kini : 05 Sep 2020 09:24PM

SINGAPURA: Kontraktor-kontraktor ubah elok di Singapura sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menarik lebih ramai rakyat tempatan menyertai sektor itu.

Ini setelah sektor itu terjejas dengan penangguhan projek-projek akibat sekatan perjalanan.

Program yang dirancang itu juga akan dilengkapi dengan latihan bagi kemahiran-kemahiran seperti pertukangan dan pemasangan jubin.

Ia akan dilancarkan seawal tahun ini, sebagai sebahagian usaha untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.

Sebagai contoh, kerja ubah elok di sebuah unit kondominium terbengkalai selama empat minggu kerana kurangnya kakitangan.

Ini kerana 70 peratus daripada pekerja syarikat itu seperti tukang kayu dan pemasang jubin masih tersangkut di Malaysia kerana sekatan perjalanan.

Meskipun sesetengah daripada mereka sudahpun membuat permohonan melalui skim Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA), terdapat beberapa kos tambahan yang lain yang terpaksa ditampung syarikat. Ini termasuk bayaran bagi permohonan skim PCA dan ujian swab bagi setiap pekerja.

Bagi syarikat U-Home Interior misalnya, ia membelanjakan lebih S$1,000 untuk menampung setiap pekerja yang kembali ke sini. Ini bermakna, kos ubah elok rumah kendaliannya boleh meningkat sebanyak 20 peratus.

Situasi ini mungkin berterusan kerana sekitar 80 peratus pekerja dalam industri itu merupakan warga asing.

Lantaran itu, sebuah persatuan yang mewakili syarikat-syarikat renovasi dan pembekal bahan mengalu-alukan lebih ramai warga tempatan untuk menyertai industri tersebut.

Mediacorp difahamkan, persatuan itu sedang bekerjasama dengan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) serta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk mengadakan sebuah program baru bagi menggalak rakyat Singapura mendapatkan persijilan dalam bidang pertukangan dan pemasangan jubin.

Menurut presidennya, Encik Sky Tan, ia mungkin dilaksanakan lewat tahun ini.

Buat masa ini, firma-firma reka bentuk dalaman perlu berkongsi kontraktor-kontraktor kecil (subcontractors) supaya dapat membuat rancangan lebih baik untuk projek-projek ubah elok.

Sumber : CNA/SY/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa