Profesor Vernon Lee akan terajui agensi penyakit berjangkit baharu SG
Anggaran Waktu Membaca:

Profesor Vernon Lee akan memegang jawatan ketua eksekutif Agensi Penyakit Berjangkit, sebuah lembaga berkanun baharu di bawah Kementerian Kesihatan (MOH), pada 1 Apr 2025. (Gambar: MOH)
SINGAPURA: Sebuah agensi baharu untuk mengesan, mencegah dan mengawal penyakit berjangkit di Singapura akan ditubuhkan pada 1 April, dengan Profesor Vernon Lee bertanggungjawab ke atas agensi tersebut sebagai ketua eksekutifnya.
Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) akan menjadi sebuah lembaga berkanun di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) dan akan menyatukan pelbagai fungsi kesihatan awam yang sebelum ini di bawah penyeliaan ibu pejabat MOH, Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan di bawah satu agensi.
Dalam kenyataan medianya pada Khamis (13 Feb), MOH menyatakan bahawa CDA akan mempunyai lima bidang tumpuan utama: "mencegah", "mempersiapkan", "mengesan", "bertindak balas" dan "mengupayakan".
Agensi baharu itu akan "membolehkan pemerintah untuk bertindak pantas terhadap wabak penyakit sebagai satu usaha kesihatan awam bersepadu, dan memainkan peranan penting dalam melindungi Singapura daripada ancaman penyakit berjangkit", menurut MOH.
Prof Lee akan memulakan khidmatnya sebagai ketua pegawai eksekutif CDA pada 1 Apr, dan akan melepaskan jawatannya sekarang sebagai pengarah eksekutif NCID pada hari yang sama.
Beliau berpengalaman lebih dua dekad dalam bidang dasar kesihatan awam dan pengurusan penyakit berjangkit dan telah menyumbang kepada tindak balas Singapura terhadap wabak sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS) pada 2003, wabak influenza 2009, wabak Zika 2016 dan, yang terbaharu, pandemik COVID-19.
Beliau menyokong pasukan bertindak berbilang kementerian dan pelbagai agensi pemerintah yang menangani pandemik COVID-19 dalam pelbagai cara, seperti membangunkan sistem pengesanan kontak dan kuarantin, serta langkah-langkah pengurusan selamat berdasarkan vaksinasi untuk masyarakat.
Beliau juga menubuhkan Pusat Pertahanan Biologi dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), melakar pelan kesediaan dan tindak balas untuk melindungi anggota kerahan dan wanita daripada ancaman penyakit berjangkit.
Di peringkat global, Prof Lee telah dipinjamkan dua kali kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekali ke pejabatnya di Indonesia dari 2007 hingga 2008 dan kemudian ke ibu pejabatnya di Geneva dari 2010 hingga 2012, untuk menghasilkan inisiatif kesediaan dan tindak balas penyakit.
5 BIDANG TUMPUAN UTAMA CDA
CDA akan berusaha untuk mencegah penularan penyakit melalui pendidikan awam, dasar vaksinasi dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan.
Ia juga akan membina kesediaan menghadapi krisis penyakit berjangkit dengan menerajui dan menyelaraskan usaha kesediaan kesihatan awam, serta menjaga kepentingan negara seperti akses vaksin.
Ia akan membangunkan lagi keupayaan pemantauan untuk mengesan penyakit, termasuk dengan menggunakan analisis data dan kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis jumlah data yang besar.
Agensi itu juga akan menyiasat dan bertindak balas terhadap kes penyakit berjangkit, mengeluarkan dasar dan saranan saintifik dan melaksanakan langkah kesihatan awam dan sosial semasa berlaku wabak.
Untuk membolehkan fungsi itu terlaksana, ia akan menjalankan dan menyelaraskan penyelidikan kesihatan awam dan menterjemahkan penemuan dan dapatannya ke dalam dasar, serta melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk bertindak balas dengan pantas terhadap situasi penyakit yang berubah-ubah di seluruh dunia.
Agensi itu pertama kali disarankan oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada Mac 2023 semasa membahaskan Kertas Putih COVID-19, dan Rang Undang-Undang yang menetapkan rangka kerja perundangan bagi penubuhannya telahpun diluluskan di Parlimen pada Januari.

Sumber : CNA/AW/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.