Profesor NUS didakwa pandu Maserati secara berbahaya
Seorang pensyarah Universiti Nasional Singapura (NUS) didakwa hari ini (17 Okt) kerana memandu secara berbahaya.
Petikan gambar daripada video. (Gambar: Beh Chia Lor/Facebook)
SINGAPURA: Seorang pensyarah Universiti Nasional Singapura (NUS) didakwa hari ini (17 Okt) kerana memandu secara berbahaya.
Henry Yeung Wai Chung, 50 tahun, yang menurut biografi ringkasnya di laman NUS adalah seorang profesor unggul dalam Jabatan Ilmu Alam, dituduh memotong jalan sebuah lori dengan memandu bertentangan aliran trafik di Lorong Chuan menghala Bradell Road.
Dalam video yang merakam kejadian pada 7 Sep, sebuah kereta sport hitam kelihatan dipandu di bahagian bertentangan trafik sebelum ternaik ke atas bebendul jalan. Pensyarah itu kemudian memandu laju, bertentangan dengan arah trafik.
Kereta Maserati itu hampir merempuh sebuah teksi dan kereta yang berada di batang jalan raya yang sama. Mujur, pensyarah itu kembali kepada batang jalan yang mempunyai dua lorong itu di mana lori sedang dipandu, lalu berhenti.
Yeung, yang, menurut profilnya dilahirkan di China dan berhijrah ke Singapura pada 1988, dijangka kembali dihadapkan ke mahkamah pada 5 Nov.
Jika sabit kesalahan, Yeung boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Pesalah berulang boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.