Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Profesor NUS Ben Leong terajui NGO lindungi mangsa tuntutan mahkamah tidak wajar

Anggaran Waktu Membaca:
Profesor NUS Ben Leong terajui NGO lindungi mangsa tuntutan mahkamah tidak wajar

(Gambar: Facebook/Ben Leong, iStock)

Diterbitkan : 09 Feb 2025 07:10PM Dikemas Kini : 09 Feb 2025 07:11PM
SINGAPURA: Profesor Madya Ben Leong, ahli akademik Universiti Nasional Singapura (NUS) mengumumkan pada Ahad (9 Feb) bahawa beliau akan menerajui sebuah pertubuhan bukan pemerintah baharu (NGO) bernama Lionheart Advocates.

Pertubuhan NGO itu bertujuan membantu orang ramai yang menghadapi apa yang disifatkannya sebagai "tuntutan mahkamah tidak wajar".

Biarpun belum ditubuhkan sepenuhnya, kumpulan NGO itu sudah mula mengagihkan dana.

Inisiatif itu dilaksanakan sedang lebih penelitian dibuat terhadap tuntutan mahkamah yang mungkin difailkan untuk mendesak atau menakut-nakutkan defendan.

Dalam catatan di Facebook, Profesor Madya Leong berkata NGO itu sudah mengumpul dana kira-kira S$700,000 untuk membantu individu yang menjadi sasaran tuntutan mahkamah tanpa alasan kukuh.

Beliau memberi kredit kepada Peguam Kanan Thio Shen Yi dan pasukan guamannya kerana bekerjasama dengan Lionheart Advocates dalam usaha tersebut.

"Saya dan Shen Yi menaruh kepercayaan terhadap sistem undang-undang kami. Kami tidak hanya berpeluk tubuh dan melihat individu tidak bertanggungjawab cuba menyalahgunakan sistem undang-undang untuk mendapatkan hasil daripada mangsa yang tidak bersalah," kata Profesor Madya Leong, yang akan menjadi Presiden Lionheart Advocates.

Profesor Madya Leong sendiri terbabit dalam tuntutan mahkamah dengan Iris Koh, iaitu pengasas kumpulan anti-vaksin Healing the Divide, menurutnya pada Ahad.

"Saya masih tunggu surat saman dari Raymond Ng, Saya telah berjumpa dengan peguam saya pada minggu lalu dan segala-galanya telah diuruskan," kata Profesor Madya Leong.

KEBIMBANGAN MENINGKAT TERHADAP PENGGUNAAN UNDANG-UNDANG SEWENANG-WENANGNYA

Penubuhan Lionheart Advocates selaras dengan usaha Pemerintah baru-baru ini untuk membendung penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 13 November lalu, Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) (AOJPA) untuk menyatakan secara jelas bahawa penyalahgunaan prosiding mahkamah boleh dianggap sebagai kesalahan hina mahkamah.
DERMA BITCOIN

Menjawab soalan Mediacorp, Profesor Madya Leong berkata bahawa sebahagian besar daripada dana S$700,000 disumbang oleh salah seorang bekas pelajarnya dalam bentuk 5 BTC (bitcoin).

"Ternyata saya mempunyai ramai penyokong yang ingin menyumbang wang. Selain daripada 5 BTC ini," kata Profesor Madya Leong.

Profesor Madya Leong berkata bahawa wang itu telah diagihkan kepada firma-firma guaman yang mewakili mereka yang menjadi mangsa tuntutan mahkamah tidak wajar.

Dua firma sedang bekerjasama dengan NGO tersebut, dengan salah satu daripadanya, TSMP Law Corporation, menawarkan khidmat guaman secara pro bono.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan