Skip to main content

Singapura

Profesor Jepun, individu Asia pertama dipilih bagi Anugerah Air Lee Kuan Yew 2020

Buat julung-julung kalinya, seorang individu dari Asia dipilih untuk menerima anugerah yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam menyelesaikan masalah-masalah air.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Mar 2022 04:34PM Dikemas Kini : 17 Mar 2022 08:51PM

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya, seorang individu dari Asia dipilih untuk menerima anugerah yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam menyelesaikan masalah-masalah air.

Profesor Kazuo Yamamoto adalah penerima kesembilan Anugerah Air Lee Kuan Yew.

Anugerah itu akan disampaikan dalam satu upacara di Singapura bulan depan.

Beliau menghasilkan bioreaktor membran yang merupakan satu penerobosan dalam bidang pemulihan air.

Teknologi itu membantu banyak negara termasuk Singapura.

Ia mampu membersihkan air dengan amat berkesan tetapi kurang menggunakan daya tenaga dan ruang.

Profesor Yamamoto, bagaimanapun, tidak menuntut hak paten bagi ciptaannya itu agar lebih ramai saintis dapat melanjutkan kajian dalam bidang itu.

Mengulas tentang Anugerah Air Lee Kuan Yew yang bakal diberikan kepada beliau, Profesor Yamamoto berharap lebih ramai saintis Asia akan menerimanya.

"Saya amat berbesar hati, saya amat berbesar hati. Anugerah Air Lee Kuan Yew ini amat berprestij dan menjadi orang Asia yang pertama menerimanya, saya berasa amat berbesar hati.

"Kita ada ramai lagi penyelidik yang pintar di Asia," kata Profesor Yamamoto.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita