Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Profesor Jackie Ying diiktiraf atas projek perintis sistem bahan struktur nano di Turki

Profesor Jackie Ying yang mengetuai Makmal NanoBio Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), meraih anugerah dari Akademi Sains Turki (TÜBA).

Anggaran Waktu Membaca:
Profesor Jackie Ying diiktiraf atas projek perintis sistem bahan struktur nano di Turki

Profesor Jackie Ying (kanan) dengan anaknya di samping Presiden Recep Tayyip Erdogan di di majlis penyampaian anugerah. (Gambar: A*STAR)

SINGAPURA: Profesor Jackie Ying yang mengetuai Makmal NanoBio Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR), meraih anugerah dari Akademi Sains Turki (TÜBA).

Anugerah tersebut diberikan sebagai mengiktiraf kerja-kerja perintis Profesor Ying dalam sistem bahan struktur nano untuk digunakan dalam bidang bioperubatan, tenaga dan bahan canggih.

Profesor Ying ialah satu-satunya penerima wanita bagi anugerah dari Akademi itu tahun ini. Beliau juga wanita pertama yang menerima anugerah akademi itu dalam bidang Sains dan Sains Kejuruteraan.

"Anugerah ini satu pengiktirafan besar dari Akademi Sains Turki. Saya bersyukur dapat menjalankan penyelidikan dengan para saintis yang berkaliber dan kakitangan-kakitangan yang berdedikasi," kata Profesor Ying.

"Teknologi boleh membantu mempertingkat mutu kehidupan orang ramai dan membantu masyarakat dengan pelbagai cara. Saya berharap untuk membawa kesan bermakna kepada orang ramai dengan hasil penyelidikan digunakan dalam hidupan seharian," tambah beliau.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dalam satu majlis khas yang diadakan di Istana Presiden di Ankara pada Rabu (26 Dis).

Setiap penerima anugerah diberi pingat dan wang AS$30,000 (S$41,200).

Profesor Ying memang dikenali secara meluas kerana kajian dan ciptaannya. Bahkan, 32 ciptaannya dilesenkan kepada syarikat berbilang negara dan syarikat pemula bagi pelbagai kegunaan. Ini termasuk perubatan nano, implan perubatan, kejuruteraan sel dan tisu serta biosensor dan alat-alat perubatan. Lebih 350 rencananya pula diterbitkan dalam jurnal-jurnal akademik.

Anugerah TÜBA disampaikan setiap tahun sejak 2015 bagi mengiktiraf para ahli sains yang unggul dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang masing-masing.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan