Produk perangsang seks, sedatif antara 60,000 produk haram dirampas pihak berkuasa
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Penguasa Sains Kesihatan)
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura merampas lebih 60,000 unit produk kesihatan haram, dan menurunkan senarai lebih 4,600 produk tersebut dari platform e-dagang dan media sosial tempatan semasa operasi sepanjang minggu.
Produk kesihatan haram itu dirampas di pusat pemeriksaan dan senarai tersebut diturunkan semasa operasi penguatkuasaan dikendalikan Interpol antara 3 dengan 10 Oktober. Sebanyak 89 negara mengambil bahagian dalam operasi tahun ini.
Sepanjang minggu, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan tempatan untuk merampas 60,372 produk kesihatan haram, termasuk produk perangsang seks, ubat penenang, suplemen herba dan produk mengawal kesakitan.
Dalam satu kes, HSA dimaklumkan tentang 32 kotak "produk uri", yang dikesan di SingPost Centre oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).
Kotak tersebut dilabel mengandungi suntikan uri dan dijual untuk tujuan estetik.
Produk itu dilaporkan "dibuat di Switzerland" dan mendakwa ia "antipenuaan, menghapuskan kedutan dan memulihkan sel".
"Sekalipun demikian, siasatan menunjukkan bahawa produk dan syarikat yang menghasilkannya tidak berasal dari Switzerland," dedah HSA. Ia menambah bahawa kes tersebut dirujuk kepada Interpol bagi tindakan seterusnya oleh pihak berkuasa luar negara.
Produk haram yang dijual online atau dikesan di pusat pemeriksaan belum dinilai atau disahkan oleh HSA.
Sebanyak 4,681 senarai produk kesihatan haram juga diturunkan dari platform e-dagang dan media sosial tempatan. Kebanyakannya
merupakan produk kesihatan gaya hidup.
Kira-kira 30 peratus senarai tersebut merupakan produk perangsang seks atau tenaga seks, dan kira-kira 14 peratus merupakan produk "peningkatan estetik", seperti pengisi dermis dan toksin botulinum.
Produk lain termasuk pencegah hamil, produk menurukan berat badan dan krim topikal atau minyak bagi alahan kulit.
HSA menyatakan ia "memantau aktiviti" di platform e-dagang dan media sosial, dan bertindak atas maklum balas daripada orang awam sepanjang tahun.
Pihak berkuasa itu menambah bahawa ia bertukar-tukar maklumat dengan rakan pengawal selia luar negara dan Interpol.
AMARAN KEPADA PEMBEKAL, PENJUAL
Ia adalah satu kesalahan untuk menjual ubat dan alat perubatan yang memerlukan preskripsi, serta produk kesihatan untuk dewasa di Singapura.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$100,000, atau kedua-duanya.
Apabila orang ramai ingin membeli produk kesihatan secara online, pembeli dinasihatkan agar membelinya dari laman peruncit yang dipercayai, atau mereka yang mempunyai kedai runcit di Singapura.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.